Faktor PAS Punca Azmin Sengaja Lengahkan Pembahagian Kerusi Pakatan Harapan Selangor

Faktor PAS Punca Azmin Sengaja Lengahkan Pembahagian Kerusi Pakatan Harapan Selangor

Walaupun ramai pemerhati politik merumuskan faktor PAS punca pembahagian kerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor tertangguh, namun Pengerusi PH Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berdiam diri dan enggan mengesahkannya.

Azmin dikatakan masih berusaha untuk menarik PAS Selangor dalam pembahagian kerusi PH negeri, namun usaha itu menemui jalan buntu kerana tiada lampu hijau daripada PAS pusat.

hadi awang Sekat Peruntukan: Presiden PAS Beri Nasihat Kepada Azmin Ali

Kemuncak daripada kegagalan Azmin itu, kumpulan kartelnya telah meniupkan khabar angin kononnya terdapat enam hingga sepuluh wakil rakyat PAS bakal meninggalkan parti dan bertanding atas logo PKR pada PRU 14.

Psywar kartel Azmin itu tidak menjadi malah memakan diri sendiri apabila rakan sekutu PH, PAN Selangor mendedahkan sehingga kini Azmin gagal bermesyuarat untuk pembahagian kerusi PH di negeri.

Pendedahan yang dilakukan Pengarah Komunikasi PAN Selangor Jamzuri Ardani telah meletuskan perang mulut antara pimpinan PKR dan PAN Selangor.

Hubungan PAN-PKR: Bagai Retak Menanti Belah?

Hari ini, Ketua Wanita PKR Selangor, Haniza Talha mengesahkan faktor PAS merupakan punca kelewatan pembahagian kerusi PH negeri.

Haniza yang merupakan salah seorang geng kartel Azmin berkata mampukah PAN dan PPBM menang jika parti itu bertanding bagi mengisi kerusi kouta PAS di Selangor.

“(Syaratnya) parti mana yang ada kebarangkalian untuk menang dan kedua, calon yang akan bertanding juga akan diambil kira. Kita dapati pengundi di Selangor ni masih belum buat keputusan kerana mereka akan lihat siapa calon yang akan bertanding di kerusi itu.

“Faktor itu diambil kira, sebab itu kita masih berunding dengan rakan dalam pakatan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas sidang media di Ibu Pejabat PKR hari ini.

PKR Pengkhianat Rakyat Negeri Selangor - Pemuda PAS Selangor

ADUN Taman Medan itu berkata, PKR setakat ini akan bertanding di 14 kerusi yang dimenangi mereka pada PRU13 lalu, dan kerusi tersebut tidak dibuka untuk rundingan.

Pada PRU13 lalu di Selangor, PKR bertanding di 21 kerusi DUN dan memenangi 14 daripadanya.

Bagaimanapun, bilangan itu berkurangan kepada 13 apabila bekas Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang memenangi kerusi DUN Pelabuhan Klang pada pilihan raya lepas, dipecat PKR pada 2014.

Dalam pada itu Haniza berkata, PKR tidak bermaksud untuk menghadkan jumlah kerusi yang ingin ditandingi parti rakannya, namun menurut beliau, berdasarkan kajian yang dilakukan serta maklum balas daripada akar umbi menyatakan PKR berpotensi untuk menang di kebanyakan kerusi yang dimaksudkannya itu.

“Mereka kena buktikan kemampuan untuk menang, dari segi jentera, calon. Kita tak mahu juga kalau ada calon, tapi jentera tak ada…macam mana kita nak berkempen. Dari segi orang mengenali parti tersebut.

“Ini cabaran yang paling getir pada kawan-kawan yang baru seperti PAN dan Bersatu (PPBM), mereka perlu perkenalkan calon mereka,” katanya lagi.

Sebelum ini Naib Presiden PKR, Dr Xavier Jayakumar berkata parti itu mahu bertanding di semua 21 kerusi DUN di Selangor pada PRU14.

Dr Xavier berkata PKR harus diberi keutamaan bertanding lebih banyak kerusi di Selangor memandangkan Menteri Besar dan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali adalah pemimpin negeri ini.

Perkara itu menimbulkan rasa tidak puas hati rakan komponen gabungan berkenaan.

Sehingga kini rundingan tersebut masih berlarutan dan menjangkaui tarikh akhir yang sepatutnya iaitu 31 Januari ekoran kegagalan mencapai kata sepakat bersabit agihan kerusi.

Difahamkan rundingan berkenaan akan dilanjutkan kepada 7 Februari ini.

Sumber: AIDC