Hakikatnya DAP Yang Berkuasa Di Sebalik Nama Tun Mahathir - Presiden PAS

Hakikatnya DAP Yang Berkuasa Di Sebalik Nama Tun Mahathir – Presiden PAS

“Walaupun Pengerusi Pakatan Harapan adalah Tun Dr Mahathir Mohamad, tapi hakikatnya DAP yang berkuasa di belakang tabir”

Demikian pandangan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung struktur kepimpinan Pakatan Harapan ketika ini. Beliau menjelaskan perkara itu dalam satu wawancara oleh sebuah akhbar berbahasa Cina baru-baru ini.

Abdul Hadi turut meminta masyarakat Cina mesti menolak parti yang agresif terhadap Melayu seperti DAP. Menurut beliau, DAP mengancam hubungan kaum di negara ini kerana bersifat rasis dan tidak menghormati hak orang Islam.

Islam Dalam Bahaya Jika DAP Memerintah - PAS

“Parti-parti Cina saling bersaing mendapatkan undi Cina. Mereka saling menunjukkan sikap anti Islam walaupun berulang kali diberi penjelasan. Walau hujah mereka rapuh tapi tetap membutakan mata dan hati untuk melihat kebenaran,” katanya.

Abdul Hadi dalam pada itu menerangkan, Pakatan Harapan sibuk menyerang PAS kerana gagal menundukkan PAS.

Menurut beliau, Pakatan Harapan menyerang PAS kerana hanya PAS tidak terpengaruh dengan perangkap Mahathir dan DAP.

Bagaimana DAP Peralat Mahathir Bagi Capai Halatuju Negara Sosialis & Malaysian Malaysia

“Kita dapat menghidu sejak dari awal khususnya selepas DAP menang banyak kerusi.

“Ketika itu DAP bersikap lantang dan tidak menghormati hak orang Islam dan sering memainkan isu perkauman untuk menimbulkan ketegangan kaum,” katanya.