Iraq Tiada Padang Bola Pun, Azmin Sindir Pasukan Bola Sepak Selangor

Iraq Tiada Padang Bola Pun, Azmin Sindir Pasukan Bola Sepak Selangor

“Iraq itu tidak ada padang bola pun, boleh (saja) main dekat padang pasir,” sinis Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berhubung kemelut penggunaan Stadium Shah Alam (SSA) sebagai gelanggang rasmi Liga Malaysia 2018.

Pun begitu ujar Azmin, Pembangunan Generasi Muda dan Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amiruddin Shaari sedang meneliti perkara itu.

“YB Amir sedang teliti permohonan tersebut,” katanya.

azmin Rupanya Dalam Diam, Stadium Shah Alam Diswastakan

Pasukan ‘The Red Giants’ dinafikan untuk beraksi di SSA susulan masalah dalaman antara Persatuan Bola Sepak Negeri Selangor (FAS) dengan kerajaan negeri sejak penghujung 2016.

Sejak itu, pasukan bola sepak itu tidak memiliki gelanggang rasmi dan terpaksa menumpang stadium lain.

FAS sebelum ini membuat permohonan kepada kerajaan negeri untuk menjadikan SSA sebagai gelanggan rasmi sepertiman tradisi sebelum ini, namun belum mendapat maklum balas.

FAS juga membuat permohonan yang sama kepada Stadium Nasional Bukit Jalil dan terbaru ialah Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur sebagai gelanggang rasmi.

Biarpun FAS berjaya mendapatkan stadium lain sebagai gelangang rasmi, penyokong Selangor tetap mahukan pasukan bola sepak itu beraksi di SSA.

Badan Bertindak Penokong Selangor (BBPS) mendesak FAS dan kerajaan negeri mengenepikan isu politik dan mengutamakan industri bola sepak negeri yang selama ini menjadi kebangaan rakyat Selangor.

Badan itu juga mendesak kerajaan negeri membenarkan SSA dijadikan gelanggang rasmi pasukan The Red Giants selewat-lewatnya dalam saingan pusingan ke-2 Liga Super 2018.