Keghairahan Azmin Mahu PKR Selangor Bolot 21 Kerusi Punca Perbalahan PPBM & PAN

Keghairahan Azmin Mahu PKR Selangor Bolot 21 Kerusi Punca Perbalahan PPBM & PAN

Keghairahan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang mahu PKR membolot 21 kerusi DUN merupakan punca perbalahan parti Keadilan itu dengan parti sekutu Pakatan Harapan (PH), PPBM dan PAN.

Menurut sumber, PKR dikatakan mahu bertanding 21 kerusi DUN dan DAP, 18 kerusi, manakala selebihnya dibahagikan kepada dua parti lain iaitu PPBM (9), dan PAN (8).

PAN Mula Kempen Pakatan Harapan Tanpa Azmin!

DAP dikatakan berpuas hati dengan pembahagian kerusi itu kerana kawasan DUN majoriti pengundi Cina dan separuh Cina tidak direbut oleh rakan-rakan sekutu PH yang lain.

Pada PRU lalu, DAP bertanding 15 kerusi DUN dan menang semuanya, iaitu DUN Sekinchan (Ng Suee Lim), Kuala Kubu Baharu (Lee Kee Hiong), Teratai (Tiew Way Keng), Balakong (Eddie Ng Tien Chee), Seri Kembangan (Ean Yong Hian Wah), Kinrara (Ng Sze Han), Subang Jaya (Hannah Yeoh Tseow Suan), Bukit Gasing (Rajiv Rishyakaran), Kampung Tunku (Lau Weng San), Damansara Utama (Yeo Bee Yin), Sungai Pinang (Teng Chang Khim), Pandamaran (Eric Tan Pok Shyong), Kota Alam Shah (Ganabatirau Veraman), Teluk Datuk (Loh Chee Heng) dan Sungai Pelek (Lai Nyuk Lan).

PKR Selangor di bawah pengerusi PKR negeri, Azmin pula berazam mahu mengekalkan status quo bahawa PKR merupakan parti paling banyak menghantar calon sepertimana PRU 13.

Pada PRU lalu, PKR bertanding di 21 kerusi DUN, menang 14 kerusi, kalah 7 kerusi DUN.

PKR Pengkhianat Rakyat Negeri Selangor - Pemuda PAS Selangor

Kerusi yang menang di DUN; Ijok (Idris Ahmad), Rawang (Gan Pei Nei), Batu Caves (Amirudin Shari), Bukit Antarabangsa (Azmin Ali), Kajang (Lee Chin Cheh), Seri Setia (Nik Nazmi Nik Ahmad), Taman Medan (Haniza Mohamed Talha), Bukit Lanjan (Elizabeth Wong Keat Ping), Kota Anggerik (Yaakob Sapari), Batu Tiga (Rodziah Ismail), Sementa (Daroyah Alwi), Pelabuhan Klang (Abdul Khalid Ibrahim), Seri Andalas (Xavier Jayakumar Arulanandam) dan Sri Muda (Mat Shuhaimi Shafiei).

Manakala kerusi yang kalah di DUN; Batang Kali (Ramachandran Kandasamy), Permatang (Mohd Yahya Mat Sahri), Bukit Melawati (Manikavasagam Sundram), Kuang (Tenku Maraziyah Tenku Sulaiman), Semenyih (Hamidi A. Hassan), Kota Damansara (Mohd Nasir Hashim) dan Dengkil (Borhan Aman Shah).

Menurut sumber, PKR mahu bertanding di Batang Kali, Permatang, Bukit Melawati, Kuang, Semenyih dan Dengkil telah menjadi perbalahan dengan PPBM.

PPBM menganggap 6 kerusi itu merupakan kerusi UMNO yang sepatutnya menjadi miliknya dalam PRU 14

PKR juga dikatakan berminat untuk bertanding semula di DUN Kota Damansara dan kerusi itu juga turut dituntut PAN.

Selain itu, PKR dikatakan turut berminat bertanding di beberapa kerusi lagi yang sepatutnya menjadi milik PAN.

Sumber: AIDC