Kepimpinan Tertinggi Parti Sering Tunduk Kepada DAP - Naib Ketua PPBM Kota Bharu

Kepimpinan Tertinggi Parti Sering Tunduk Kepada DAP – Naib Ketua PPBM Kota Bharu

Kepimpinan tertinggi PPBM sering tunduk kepada DAP dalam membuat keputusan penting, terutama soal pembahagian kerusi DUN dan Parlimen di seluruh negara, kata Naib Ketua PPBM Bahagian Kota Bharu, Mohd. Nor Hashim Che Min.

Beliau berkata sikap tidak tegas pucuk pimpinan PPBM itu dalam pembahagian kerusi itu menyebabkan berlaku perpecahan yang serius di peringkat akar umbi.

Muhyiddin Tuduh UMNO-PAS Berkhalwat, Tapi Tak Sedar PPBM Kena 'Liwat' - Penganalisis

“DAP semakin hari semakin kuat manakala orang Melayu dalam pakatan ini pula sudah berpecah belah hanya kerana berebut kerusi termasuk di Kelantan. Sebenarnya kita tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain.

“Masalah utama dalam Pakatan Harapan ialah DAP lebih menonjol daripada parti-parti lain, dan kita memang takut ini berlaku,” katanya dalam sidang media semalam.

Turut hadir dalam sidang media itu adalah Ketua Pemuda PPBM Bahagian, Nik Mohd. Adhwan Nik Haris dan Ketua Srikandi PPBM Bahagian, Normala Abdul Kadir.

Sementara itu, Normala berkata, sedikit demi sedikit, pekung PPBM bakal terdedah jika masalah dalaman gagal diselesaikan dan pada saat tersebut, tidak mustahil ramai ahli mengambil keputusan keluar parti.

“Jujur kami kata, kami tidak nampak barisan pemimpin yang ada sekarang boleh jadi pemimpin yang baik. Terlalu banyak masalah dihadapi PPBM dan lambat laun perkara ini akan terbongkar jua,” katanya.

Sumber: AIDC