zarul Konsortium Zenith Sahkan Bayar Rasuah RM19 Juta Kepada Jutawan Penipu Gnanaraja

Konsortium Zenith Sahkan Bayar Rasuah RM19 Juta Kepada Jutawan Penipu Gnanaraja

Konsortium Zenith Construction Sdn Bhd mengeluarkan surat tuntutan saman kepada pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Rahim dan ahli perniagaan Dato’ Sri N Gnanaraja masing-masing bernilai RM3 juta dan RM19 juta.

Sekaligus ia mengesahkan bahawa Konsortium Zenith selama ini memang membayar rasuah kepada sesiapa sahaja berhubung projek terowong mereka.

Cuma yang menjadi persoalan ialah bagaimana Konsortium Zenith sanggup membayar kepada ahli perniagaan penipu iaitu Dato’ Sri Gnanaraja Gnanasundram (bekas ahli lembaga pengarah Air Asia) yang juga suami bekas model Dato’ Geethanjali Gausillia a/p Kathirvalu dalam Yayasan Usaha Ventures Malaysia (Malaysia Ventures Entrepreneur Foundation) yang pernah dilaporkan polis tahun lalu.

Kedua pasangan ini dikatakan menipu dan sering menjual nama pemimpin negara seperti Perdana Menteri, isteri dan juga pemimpin lain.

Sementara itu Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Rahim, yang menerima surat tuntutan daripada Konsortium Zenith Construction Sdn Bhd berhubung kerja-kerja rundingan berkaitan projek terowong bawah laut Pulau Pinang, menafikan beliau menerima RM3 juta daripada Konsortium Zenith.

Azeez mengesahkan bahawa beliau telah menerima surat tuntutan melalui pos berdaftar hari ini tetapi berkata dakwaan itu jelas tidak benar.

zarul Terowong Belum Bina, Kajian Belum Siap, Tapi Sudah Untung RM61 Juta

“Saya tidak pernah jumpa (CEO Zenith) Zarul Ahmad Mohd Zulkifli dan saya juga tidak mempunyai urusan dengan syarikat pembinaan itu. Saya tidak tahu apa-apa mengenai jutaan ringgit yang kononnya dibayar kepada saya, atau apa-apa kerja rundingan yang berkaitan dengan terowong itu,” kata Azeez.

Azeez berkata beliau akan mendapatkan nasihat peguamnya dan akan “mengambil tindakan terhadap mereka.”

“Jika saya terlibat dalam kerja rundingan, mesti ada perjanjian yang ditandatangani. Kamu tidak boleh sebarangan kata saya menerima wang melalui proksi,” kata Azeez, merujuk kepada surat tuntutan yang diterimanya itu.

“Ramai orang kenal saya dan boleh jual nama saya, tetapi saya tidak pernah terima sebarang wang,” katanya.

Hari ini SPRM mengesahkan menahan Dato’ Sri Gnanaraja Gnanasundram itu kerana menerima rasuah RM19 juta kononnya bagi mempengaruhi penutupan kes siasatan projek mega terowong dasar laut yang bernilai RM6.3 bilion di Pulau Pinang.

Suspek yang berumur 37 tahun itu menerima wang berkenaan daripada Zenith selepas beliau dikatakan mampu ‘menyelesaikan’ siasatan yang dijalankan oleh SPRM.

Menurut sumber, Zenith membayar wang berjumlah RM19 juta itu secara berperingkat sekitar Julai dan Ogos tahun lepas.

“SPRM menjalankan siasatan terhadap kajian projek mega di Pulau Pinang itu dan suspek berkemungkinan meyakinkan sebuah syarikat bahawa dia mampu menutup dan menyelesaikan siasatan yang dijalankan oleh SPRM.

“Pembayaran sebanyak RM19 juta sudah dilakukan dengan pembayaran pertama sebanyak RM2 juta adalah pada bulan Julai tahun lalu di rumah suspek,” kata sumber itu kepada Bernama hari ini.

Menurut sumber, bayaran kedua iaitu sebanyak RM15 juta pula dilakukan pada bulan sama dan pembayaran ketiga dan terakhir pada Ogos tahun lepas.

“Suspek ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya, pada 3.48 petang tadi selepas dipanggil memberi keterangan berhubung kes berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Kanan Jabatan Siasatan SPRM Datuk Simi Abd Ghani ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan berkata pasukan penyiasat masih dalam proses mengumpul bukti bagi membantu siasatan.

“Suspek akan dihadapkan ke mahkamah Putrajaya untuk permohonan reman bagi membantu siasatan kes ini,” katanya.

Projek mega terowong itu mencetuskan pelbagai kontroversi, termasuk kos kajian kebolehlaksanaan terlalu tinggi, selain kaedah pembayaran menggunakan tanah kerajaan negeri serta pelaksanaan dibantah penduduk yang bimbang dengan impak ekonomi, sosial dan alam sekitar.

Sumber: Sabahkini2