Kroni Kartel Azmin Kaut Projek Perlombongan Pasir Selangor

Kroni Kartel Azmin Kaut Projek Perlombongan Pasir Selangor

Saya membuat laporan SPRM kerana telah menerima satu set dokumen yang setelah disusun dan diteliti ternyata terdapat unsur korupsi, pecah amanah, salah guna kuasa dan kedudukan bagi memperolehi laba dan keuntungan.

Laporan dibuat ke atas:

• Azmizam Zaman Huri yang merupakan Penyelaras ADUN Perlabuhan Kelang bagi Kerajaan Negeri Selangor, Naib Ketua PKR Kota Raja dan juga merupakan Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, penama juga dikatakan bakal calon PRU boleh menang PKR di DUN Perlabuhan Kelang.
• xxxxxxxxxxx xxxxxxxx xxxxxxxxxxxxxxxxx
• Norashikin Bin Selamat, AJK PKR Kota Raja
• Muhamad Khushairi, AMK PKR Kota Raja yang juga kakitangan Pejabat KADUN Kota Raja.
• Norazlina Binti Mohd Ali (no. K/p : 690604- 10- 6270)

Penama-penama di atas bersama beberapa individu yang lain yang boleh dikesan melalui dokumen dan gambar dilampirkan telah mengggunakan kedudukan dalam Parti Keadilan Rakyat Selangor serta Kerajaan Selangor bagi mengambil duit bagi tujuan ‘melobi (baca: rasuah) untuk dapatkan hak melombong pasir’ dan memperdayakan orang ramai. Setakat ini 3 syarikat telah diperolehi rekodnya serta laporan ini turut dikepilkan rekod perbankan yang diambil dari dua syarikat serta beberapa individu.

Chegubard Akan Dedah Korupsi Pasir Geng Kartel PKR

Sebahagian dari penama telah menggunakan kedudukan politik dan dalam kerajaan negeri bagi memalsukan surat berkaitan kerajaan negeri yang mana surat ini juga dilampirkan. Bukan satu surat dipalsukan tetapi banyak dan dipalsukan dari perbagai agensi dan pihak.

Disyaki dan amat diyakini wang yang diambil adalah antaranya bertujuan bagi tujuan menyogok pihak yang berkuasa dalam kelulusan pasir. Bukan sahaja jenayah korupsi namun jenayah pemalsuan dan penipuan juga dilakukan oleh sindiket ini.

Antara sebahagian bukti gambar pertemuan sindiket pasir gambar di bilik mesyuarat bangunan SUK Selangor

Bersama laporan hari ini juga saya sertakan salinan laporan polis no.report BANTING/002198/17 yang telah dibuat pada 10 Mac 2017 mengenai perkara ini oleh mangsa yang diperdaya untuk membayar ratusan ribu kononya bagi menjamin syarikatnya mendapat hak melombong pasir (rekod bayaran juga disertakan). Namun sangat kecewa setakat ini laporan ini kelihatan tidak bergerak dan laporan SPRM hari ini mendesak disiasat adakah kerana ada tangan ghaib yang melindungi kes ini dan kerana itu ia didiamkan.

Rekod dokumen dan gambar yang disertakan jelas sindiket ini menggunakan premis-premis kaitan PKR dan Kerajaan Negeri untuk menjalankan modus operandi:

•  premis Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat di Tropicana Damansara
•  pejabat Exco kerajaan negeri Selangor
•  premis pejabat dalam bangunan SUK Kerajaan Negeri Selangor
•  pusat khidmat rakyat Ahli Dewan Undangan Negeri Perlabuhan Kelang
• pejabat PKR Cabang Kota Raja

Rasuah Melayu Lebih Senang Daripada Rasuah Cina, Kata Mahathir

Kegiatan jenayah korupsi, memperdaya dan pecah amanah serta pemalsuan ini telah diketahui lebih dari setahun tetapi bukan sekadar didiamkan malah dilindungi penjenayahnya. Antara terlibat melindungi ialah:

• YB Suhaimi Shafie, ADUN Seri Muda Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor yang juga merupakan Timbalan Ketua Cabang Kota Raja. Dia juga dikatakan punya kaitan persaudaraan dengan Azmizam yang dinamakan lebih awal.
• YB Dr. Xavier Jayakumar, ADUN Seri Andalas, Ketua Cabang Kota Raja yang juga merupakan bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor.
• dan ramai pimpinan kerajaan negeri termasuk pimpinan anak syarikat KKSB iaitu entiti yang diberi hak mengawal selia perlombongan mineral di Selangor.

Skandal Rasuah Pasir: Chegubard Cabar ADUN PKR Xavier Jayakumar Saman

Laporan hari ini juga dibuat ke atas individu di atas kerana melindungi kegiatan jenayah yang dinyatakan.

Bukan itu sahaja kumpulan dan sindiket yang dilindungi dalam PKR dan Kerajaan Negeri Selangor ini turut menubuhkan sebuah syarikat penyamaran dengan nama KUMPULAN SEMESTA PLT bagi mengutip wang haram dan juga tujuan memperdayakan. Syarikat ini mengutip wang dan diyakini bagi tujuan rasuah bagi mendapatkan kelulusan lombong pasir.

Meneliti kemewahan (tiba-tiba) kehidupan sesetengah penjawat jawatan dalam PKR dan Kerajaan Negeri yang dikait sindiket ini maka sangat diyakini jumlahnya jauh lebih besar dari rekod rekod yang kami temui dan melibatkan ramai lagi pihak.

SPRM Kesan Ahli Politik Terima Habuan Jutaan Ringgit Projek Terowong Dasar Laut

Amat mengharapkan siasatan dan tindakan tegas serta serius dari pihak SPRM. Saya merasakan sangat kecewa kerana dalam proses pengumpulan maklumat yang dilakukan antara alasan yang jenayah seperti ini didiamkan ialah kononya salah satu transaksi besar wang haram ini digunakan oleh salah seorang penama diadukan untuk menanggung perbelanjaan membawa petugas PKR ke Pilihanraya Negeri Sarawak. Ini sangat memalukan kerana wang haram dalam politik sudah tidak boleh dibezakan dan nama perjuangan serta rakyat hanya mengaburi mata.

Hari ini bersama laporan diserahkan hampir 300 muka surat dokumen yang terdiri dari dokumen perjanjian, surat tawaran, gambar-gambar berkaitan, dokumen transaksi bank, salinan laporan polis dan yang paling menarik ialah surat akuan bersumpah yang terlibat mendedahkan sebahagian kegiatan sindiket ini. Pihak kami juga telah berjaya memujuk dan menampilkan beberapa saksi yang sedia memberikan kerjasama membantu SPRM.

Sebelum 1998 Lagi Nama Azmin Ali Sudah Terpalit Dengan Korupsi - Chegubard

Untuk pengetahuan semua kegiatan korupsi dalam negeri Selangor ini perbagai, sindiket yang didedahkan ini hanya kumpulan koruptor kecil di bawah payung Kartel Azmin Ali. InsyaAllah mingguan akan dilakukan. Set laporan ini telah diperolehi oleh beberapa pimpinan PH lebih awal namun semua membisu malah lebih menyedihkan apabila ada yang menasihatkan kami supaya berdiam dulu kerana PRU sangat hampir dan takut hilang undi. Maka menjadi amat lucu apabila pihak PH mengatakan akan mengawal bekas diktator yang akan diberi kuasa semula. Bagaimana nak kawal Mahathir jika jadi Perdana Menteri, nak kawal Azmin dan kartelnya yang baru jadi MB pun jelas tak mampu.

che’GuBard
Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia

** merupakan bekas Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Bekas Ketua Cabang Rembau, Bekas ahli seumur hidup PKR yang dipecat sebelum ini kerana mendedahkan korupsi kaitan Timbalan Presiden PKR

** dalam satu nama yang tertera kemudian dipadamkan dalam kenyataan media (tetapi wujud dalam laporan kerana menghormati kesediaannya untuk bekerjasama)