Lesen Judi & Konsesi Tol: Mahathir 'Anugerahkan' Tanpa Pengetahuan Kabinet

Lesen Judi & Konsesi Tol: Mahathir ‘Anugerahkan’ Tanpa Pengetahuan Kabinet

Kelulusan perjudian sukan selama 20 tahun oleh Tun Dr Mahathir selaku Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan pada Jun 2003 adalah bukti menteri kabinet semasa pemerintahannya diletakkan di dalam kegelapan.

Mesyuarat kabinet terakhir dipengerusikan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri sebelum menyerahkan tugas kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi secara rasmi pada 31 Oktober 2003. (Foto: Jabatan Penerangan)

Timbalan Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BNSC) Datuk Eric See-To Choong berkata, hal ini turut dilaporkan oleh media antarabangsa The Wall Street Journal (WSJ) di mana pengganti Dr Mahathir, Tun Abdullah Ahmad Badawi hanya mengetahui perjanjian konsesi perjudian itu selepas Dr Mahathir meletakkan jawatan.

“Memandangkan Tun Abdullah juga ada dalam kabinet pada tahun-tahun sebelum Tun Mahathir bersara, ini bermakna bahawa Tun Mahathir tidak membawa pemberian lesen ini kepada kabinet untuk perbincangan dan kelulusan.

“Ini membuktikan bahawa kabinet tidak diberitahu langsung mengenai semua perjanjian konsesi semasa Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri,” katanya dipetik kenyataan.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan bekas editor kumpulan NST, Mustapha Kamil Mohd Jano mempertikaikan di mana Datuk Seri Najib Tun Razak ketika urusan perjanjian konsesi tol dibuat pada zaman pemerintahan Dr Mahathir.

Mahathir Pertahan Kadar Tol, Termurah Di Dunia

Kata Mustapha, beliau tidak percaya Najib benar-benar mahu menghapuskan tol sepertimana diumumkan sebelum ini dan menganggap ianya sebagai gimik politik bagi mendapatkan sokongan menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Jelas Eric, perjanjian konsesi perjudian dengan harga RM25 juta selama 20 tahun dibuat empat bulan sebelum Dr Mahathir melepaskan jawatan adalah contoh jelas di mana calon Perdana Menteri Pakatan Harapan itu langsung tidak berbincang dengan ahli kabinetnya.

“Pada masa itu, eksekutif industri permainan Malaysia menganggarkan bahawa operasi pertaruhan sukan yang lumayan seperti itu, yang menawarkan pertaruhan untuk acara seperti pertandingan bola sepak tempatan dan asing serta perlumbaan kuda, boleh menjana pendapatan tahunan kira-kira RM1 bilion”.

mahathir vincent tan Lesen Judi Diluluskan Jika Saya Berkuasa - Mahathir

Dr Mahathir juga mengakui meluluskan perjanjian konsesi berkenaan tujuh tahun selepas bersara dengan alasan ‘orang Cina suka berjudi‘.

Menjelaskan kedudukan Najib di dalam kabinet Dr Mahathir, Eric berkata jawatan kabinet pertamanya adalah sebagai Menteri Kebudayaan, Belia Dan Sukan pada tahun 1986 sebelum menjadi Menteri Pelajaran dan kemudiannya Menteri Pertahanan.

Ujarnya, urusan perjanjian konsesi tol kebiasaannya dirunding di bawah Kementerian Kewangan atau Unit Perancangan Ekonomi (EPU) di bawah Jabatan Perdana Menteri – yang tidak disandang Najib di bawah kabinet Dr Mahathir.

Individu yang paling layak dipersoalkan adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tun Daim Zainuddin yang pernah mengepalai Kementerian Kewangan dan EPU.

mahathir daim anwar Ringkasan RCI Skandal Kerugian Forex RM32 Bilion BNM: Kami Tak Tahu

Tambah Eric, Dr Mahathir secara terbuka telah mengambil tanggungjawab terhadap perjanjian tol berat sebelah pada tahun 2007 apabila beliau dipetik sebagai berkata:

“Ini adalah salah satu perkara yang kita perlu betulkan. Apa yang ada adalah satu kabinet yang tidak begitu berpengetahuan setiap masa kerana ia bukan terdiri daripada pakar tetapi ahli politik (dan) sesetengah ahli politik seperti saya kadang-kadang boleh menjadi bodoh,” kata Dr Mahathir seperti dilaporkan The Sun Daily.

Jelasnya, perjanjian konsesi perjudian dan konsesi tol secara senyap oleh Dr Mahathir adalah bukti jelah bahawa tidak semua perjanjian konsesi dibincangkan di dalam kabinet sepertimana keraguan terhadap anugerah tender Telekom Malaysia kepada syarikat Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Opcom Sdn Bhd, kurang dua bulan sebelum Dr Mahathir bersara.

Selagi Mukhriz Tidak Jadi Perdana Menteri

“Mungkin Mukhriz mahu menjelaskan ini?” kata Eric membuka ruang kepada anak Dr Mahathir untuk memberi pandangannya berhubung isu berkenaan.

Sumber: Malaysian Digest