lim guan eng Lim Kit Siang Kecoh Isu Quinoa, Skandal Terowong Membisu

Lim Kit Siang Kecoh Isu Quinoa, Skandal Terowong Membisu

Isu quinoa masih belum berakhir malah pembangkang terus menjadikan ia sebagai bahan serangan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Antara yang sibuk memainkan isu quinoa ini adalah Lim Kit Siang yang begitu berminat dengan apa yang Perdana Menteri makan berbanding isu terowong di Pulau Pinang yang tengah hangat diperkatakan ketika ini.

Lim Kit Siang memilih untuk menggunakan quinoa sebagai isu malah beliau mengaitkan pilihan raya umum (PRU) kali ini adalah antara quinoa dengan nasi, iaitu satu perkara yang langsung tidak masuk akal.

lim kit siang Pemimpin Pakatan Harapan Ketandusan Modal, Quinoa Pun Jadilah

Perdana Menteri bukannya tidak makan nasi langsung dan apa masalahnya jika Najib pilih untuk mengamalkan amalan pemakanan yang sihat, apatah lagi beliau sangat sibuk dengan urusan harian jadi apa yang dimakannya perlu diberikan perhatian.

Namun cerita Perdana Menteri makan quinoa menjadi heboh sedangkan ia adalah makanan kesihatan, sama seperti vitamin atau madu yang diambil oleh sebilangan penduduk di Malaysia.

Amalan pemakanan yang sihat itu adalah untuk memastikan Najib sentiasa sihat dan cergas justeru apa yang beliau makan tidak sepatutnya dijadikan sebagai isu.

https://twitter.com/mukhrizmahathir/status/736766594483789824

Kalau diikutkan kos pelihara kuda lebih mahal dari makan quinoa. Kenapa kuda? Kerana semua orang tahu pengerusi Pakatan Harapan (PH) Dr Mahathir Mohamad sukakan kuda. Malah sebelum ini tersebar gambar anaknya, Mukhriz bersama kuda kesayangannya yang diberi nama Liliana.

Sudah tentu makanan Liliana lebih mahal daripada makan quinoa. Namun Lim Kit Siang lebih berminat dengan quinoa. Beliau diam sahaja ketika anaknya, Lim Guan Eng yang merupakan Ketua Menteri Pulau Pinang dipalit dengan isu terowong di Pulau Pinang.