Lim Kit Siang Mahu Muhyiddin Bertanggungjawab Isu NFC

Lim Kit Siang Mahu Muhyiddin Bertanggungjawab Isu NFC

Sebarang penjelasan tentang isu-isu yang melibatkan National Feedlot Corporation (NFCorp) perlu ditanya kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang ketika itu menjadi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani apabila syarikat itu ditubuhkan pada tahun 2006.

Di tengah-tengah usaha percubaan pihak parti pembangkang dan beberapa portal untuk menghidupkan kembali “skandal” dalam NFC, Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Datuk Azwanddin Hamzah berkata Muhyiddin patut mempunyai pengetahuan mendalam mengenai perkara itu.

Azwanddin berkata, pembangkang sendiri, termasuk penasihat DAP, Lim Kit Siang, pernah meminta Muhyiddin dipanggil Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk mendedahkan masalah yang dialami oleh NFC.

Muhyiddin kini Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan juga timbalan Presiden pakatan pembangkang Pakatan Harapan.

Muhyiddin Seperti Lembu Dicucuk Hidung

“Tidak perlu keluar dan tercari-cari jawapan kepada persoalan mengenai NFC. Muhyiddin berada di kem mereka sekarang. Saya yakin bahawa mereka hanya boleh bertemu dengannya untuk melontarkan beberapa pertanyaan.

“Dia adalah menteri yang didakwa meluluskan penubuhan NFC, atau seperti yang pembangkang dakwa. Saya percaya mereka boleh saja menelefon Muhyiddin,” kata Azwanddin kepada New Straits Times hari ini.

Lim Kit Siang dalam catatan blog bertarikh 21 November 2011 mendakwa siapa lagi selain Muhyiddin yang harus bertanggungjawab terhadap NFC.

Beliau juga mempersoalkan tentang mengapa objektif projek di mana untuk meningkatkan pembiakan lembu bagi mengurangkan kebergantungan import daging negara akhirnya menjadi tidak kena.

Dalam catatannya, veteran pembangkang itu juga mendakwa bahawa NFC bukan sahaja gagal memenuhi sasarannya, pinjaman mudah RM250 juta dengan kadar faedah 2% faedah telah dialihkan untuk membeli dua kondominium mewah di Bangsar dan juga untuk urus niaga lain yang diragui seperti yang didedahkan oleh Setiausaha Agung PKR dan Ahli Parlimen Saifuddin Nasution serta Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli.

Lim Kit Siang juga berkata dalam catatannya bahawa Muhyiddin sepatutnya menjelaskan tentang skandal NFC, mengenai mengapa kerajaan buat pemerhatian, pengawasan dan pemantauan projek berkenaan.

Khususnya, Lim Kit Siang juga mempersoalkan pinjaman mudah RM250 juta yang terlalu lembab atau tidak wujud untuk membolehkan pelanggaran amanah dan penyalahgunaan dana awam berlaku.

NFC adalah sebuah syarikat swasta yang dimiliki oleh Agroscience Industries Sdn Bhd, dengan penyertaan daripada kerajaan.

Kenapa Rafizi Tidak Layak Dikasihankan Dihukum Penjara 30 Bulan Kerana Isu NFC

Lim Kit Siang mengulangi tuduhan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mengenai jenayah pecah amanah (CBT) yang dilakukan di NFC melalui pembelian unit kondominium mewah.

Pada November 2015, selepas satu siri pemeriksaan dan prosiding mahkamah yang menyeluruh, Pengerusi Eksekutif NFC, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail akhirnya dibebaskan daripada empat pertuduhan CBT yang melibatkan RM49.7 juta.

Sekitar setahun kemudian, Rafizi telah diarahkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk membayar Salleh dan NFC RM200,000 dalam ganti rugi atas kenyataan fitnah berhubung dengan pinjaman untuk membeli hartanah KL Eco City.

Rabu lepas, Rafizi dijatuhi hukuman penjara 30 bulan oleh Mahkamah Sesyen secara haram mendedahkan butiran akaun bank yang berkaitan dengan NFC dan Salleh.