Mahathir Akui Janji-Janji Pilihan Raya Pakatan Tak Mampu Dicapai

Mahathir Akui Janji-Janji Pilihan Raya Pakatan Tak Mampu Dicapai

Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui bahawa beberapa janji pilihan raya yang dilaungkan oleh kepemimpinan Pakatan Harapan diketuai DAP sebelum ini tidak mampu dipenuhi sekiranya pembangkang berjaya menguasai negara ini kelak.

Calon Perdana Menteri sementara Pakatan Harapan itu bagaikan berpijak di bumi nyata apabila memberi alasan kedudukan kewangan kerajaan yang terhad tidak membolehkan janji-janji tersebut direalisasikan.

Mahathir 'Kurang Yakin' Manifesto Pakatan Harapan

“Kita sedar bahawa sebelum kita menyiapkan manifesto ramai juga daripada pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan telah buat kenyataan tertentu.

“Kita tidak terikat dengan kenyataan pemimpin tertentu jika kita dapati kenyataannya itu tidak dapat dilaksanakan oleh kita,” katanya dalam sidang akhbar di Galeri Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dekat sini hari ini.

Pemuda Pakatan Harapan sebelum ini menjanjikan perlawanan bola sepak antarabangsa termasuk EPL di RTM secara percuma jika pembangkang diberi mandat mentadbir negara selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).