Mahathir Anugerahkan Konsesi Secara Senyap

Mahathir Anugerahkan Konsesi Secara Senyap

Saya merujuk kepada satu artikel disiarkan Malaysiakini bertajuk ‘Di mana Najib ketika perjanjian tol dibuat, tanya bekas editor NST,’ di mana ia adalah satu cubaan untuk menuding jari kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak kononnya bersubahat dalam konsesi tol, yang kebanyakannya adalah berat sebelah, dianugerahkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad ketika masih berkuasa, hanya kerana Najib sebahagian dari kabinetnya.

Memang benar Najib adalah sebahagian dari menteri kabinet sejak 80-an, selepas Mahathir melantiknya sebagai menteri belia, sukan dan kebudayaan pada 1986 dan kemudiannya sebagai Menteri Pendidikan sebelum menjadi Menteri Pertahanan, namun beliau bukan Menteri Kewangan mahupun di Kementerian Kerja Raya atau dilantik sebagai Menteri bagi Unit Perancangan Ekonomi (EPU) ketika Dr Mahathir adalah perdana menteri.

Perjanjian konsesi tol adalah dirunding di bawah EPU yang melaporkan terus kepada perdana menteri dengan butiran dari kementerian kewangan, di mana Tun Daim Zainuddin, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mahathir terajui.

Sebagai contoh, konsesi perjudian sukan untuk tempoh 20 tahun diberikan kementerian kewangan tanpa tender pada Jun 2003, hanya kira-kira empat bulan sebelum Dr Mahathir bersara pada 31 Oktober, 2003.

Perdana menteri dan menteri kewangan ketika itu adalah Dr Mahathir sendiri.


Baca juga: Lesen Judi Diluluskan Jika Saya Berkuasa – Mahathir
Baca juga: Lesen Perjudian 20 Tahun Yang Dianugerahkan Secara Sulit Kepada Vincent Tan Oleh Mahathir

Lesen eksklusif ini dianugerahkan Dr Mahathir secara senyap kepada rakan karibnya pada nilai RM25 juta tanpa pengetahuan kabinet.

Pada ketika itu, eksekutif industri perjudian sukan Malaysia menganggarkan operasi judi menguntungkan itu yang menawarkan pertaruhan bagi acara sukan tempatan dan antarabangsa serta lumba kuda mampu menjana perolehan tahunan RM1 bilion.

Media The Wall Street Journal (WSJ) pernah melaporkan tentang isu ini beberapa kali dan mendedahkan pengganti Dr Mahathir, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan kabinetnya hanya mengetahui mengenai lesen seumpama ini setahun selepas Dr Mahthir bersara. (WSJ: Gaming License Sparks Contention in MalaysiaMalaysia Won’t Issue License for Gambling)

mahathir vincent tan Lesen Judi Diluluskan Jika Saya Berkuasa - Mahathir

Memandangkan Tun Abdullah adalah sebahagian dari kabinet sebelum Dr Mahathir bersara, ini bermakna Dr Mahathir tidak pernah memaklumkan mengenai pemberian lesen judi itu kepada kabinet sebelum ia dianugerahkan.

Ini membuktikan bahawa kabinet tidak diberitahu tentang kesemua perjanjian konsesi ketika pentadbiran Dr Mahathir sebagai perdana menteri.

Di bawah pentadbiran Abdullah dan Najib, pemegang lesen judi itu tidak pernah dibenarkan untuk memulakan operasi.

Pada Jun 2010, Dr Mahathir secara terbuka mengesahkan lesen itu diberikan olehnya dan turut berkata jika beliau masih perdana menteri,beliau akan membenarkan pemegang lesen untuk memulakan operasi dengan memberi alasan, ‘kaum Cina gemar berjudi.’

Mahathir Pertahan Kadar Tol, Termurah Di Dunia


Baca juga: Mengungkap Kembali Sejarah, Kefahaman Tun Mahathir Terhadap Perjanjian Konsesi Sangat Rendah
Baca juga: Mahathir Mengaku Pentadbiran Era Beliau Melakukan Kesilapan Dalam Konsesi Tol

Malah, Dr Mahathir pernah bercakap secara terbuka beliau bertanggungjawab terhadap perjanjian konsesi tol berat sebelah pada 2007 di mana beliau dipetik sebagai berkata:

“Apa yang kita ada ketika itu adalah kabinet yang tidak memiliki pengetahuan kerana ia bukan terdiri dari golongan pakar tetapi ahli politik (dan) sebahagian dari ahli politik termasuk diri saya boleh menjadi bodoh,” kata Dr Mahathir.

Lesen judi untuk 20 tahun yang diberikan secara senyap oleh Dr Mahathir kepada rakan karibnya membuktikan di bawah pentadbirannya, tidak semua perjanjian konsesi dianugerahkan dibincangkan dengan kabinet.

Untung Jadi Anak Mahathir, Dapat Projek RM214 Juta Tanpa Tender

Turut mencetus kecurigaan jika kabinet turut dimaklumkan mengenai keputusan Kementerian Kewangan di bawah Dr Mahathir yang menulis surat kepada Telekom Malaysia pada 7 Oktober 2003 iaitu dua bulan sebelum beliau bersara bagi memberi kelulusan kepada Telekom Malaysia untuk menganugerahkan kontrak pembekalan tiga tahun bernilai RM214.2 juta kepada Opcom Sdn Bhd di mana anaknya, Mukhriz Mahathir adalah pemegang saham majoriti.

Mungkin Mukhriz mahu memberi penjelasan?

Oleh Eric See-To,
Timbalan Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional