Mahathir 'Kurang Yakin' Manifesto Pakatan Harapan

Mahathir ‘Kurang Yakin’ Manifesto Pakatan Harapan

Ragu. Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini membayangkan yang beliau ‘kurang yakin’ dengan kemampuan Pakatan Harapan untuk melaksanakan segala manifesto pilihan rayanya.

“Kita sudah membuat 60 janji-janji dan kita harap kita akan dapat laksanakan walaupun mungkin tidak seperti yang diharapkan oleh rakyat,” katanya.

Katanya yang merupakan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), dengan kemampuan kewangan yang ada, tidak mungkin Pakatan Harapan boleh menampung janji-janji yang keterlaluan.

mahathir Memang Lim Kit Siang Mahu Jadi Perdana Menteri - Tunku Aziz

Oleh sebab itu Pakatan Harapan akan membuat janji setakat yang mampu ia tunaikan sahaja, kata pengerusi Pakatan Harapan itu pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di Menara Yayasan Selangor di Petaling Jaya, hari ini.

Beliau yang sudah berusia 92 tahun itu berkata manifesto Pakatan Harapan akan dikeluarkan tidak lama lagi.

Mahathir berkata, kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan tidak akan bertanggungjawab terhadap mana-mana manifesto daripada pemimpin mereka yang melontarkan cadangan atas kapasiti peribadi.

PAS Sindir Pakatan Harapan Tolak Bajet 2018 Tapi Mohon Dana Lagi

“Kita sedar bahawa sebelum kita menyiapkan manifesto, ramai daripada pemimpin Pakatan Harapan yang telah membuat kenyataan tertentu, tetapi kita (Pakatan Harapan) tidak terikat dengan kenyataan-kenyataan yang dibuat itu,” kata beliau.

Dalam pada itu, Mahathir berkata Pakatan Harapan akan membuat rayuan kepada mahkamah Khamis ini berikutan tindakan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) yang masih tidak memberi respons terhadap permohonan mereka untuk menjadi komponen parti pembangkang.

Dilapor, Pakatan Harapan telah menghantar permohonan sejak pertengahan tahun lepas dan mahu isu itu diselesaikan untuk bertanding pada pilihan raya raya umum ke-14 nanti.