Mahathir Akui Manifesto Pakatan Harapan Bukan Janji

Mahathir Mengakui Manifesto Pakatan Harapan Bukan Janji

Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui bahawa beberapa manifesto pilihan raya yang dilaungkan gabungan diketuai DAP itu tidak mampu dipenuhi sekiranya berjaya menjadi kerajaan Persekutuan.

Tanpa menerangkan secara terperinci, calon Perdana Menteri sementara Pakatan Harapan itu bagaikan berpijak di bumi nyata apabila memberi alasan kedudukan kewangan kerajaan yang terhad tidak membolehkan janji-janji tersebut direalisasikan.

Mahathir Akui Janji-Janji Pilihan Raya Pakatan Tak Mampu Dicapai

“Kita sedar bahawa sebelum kita menyiapkan manifesto ramai juga daripada pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan telah buat kenyataan tertentu.

“Kita tidak terikat dengan kenyataan pemimpin tertentu jika kita dapati kenyataannya itu tidak dapat dilaksanakan oleh kita,” katanya dalam sidang akhbar di Galeri Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dekat sini hari ini.

Jelas Dr Mahathir, pihaknya sudah menyiapkan 60 manifesto PRU14 yang dijangka diumumkan dalam masa terdekat.

Pemuda Pakatan Harapan sebelum ini menjanjikan perlawanan bola sepak antarabangsa termasuk EPL di RTM secara percuma jika pembangkang diberi mandat mentadbir negara selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).