Motif Azmin Beku Peruntukan Wakil Rakyat PAS

Motif Azmin Beku Peruntukan Wakil Rakyat PAS

Suhu politik di Selangor kembali panas apabila timbul isu pembekuan peruntukan kerajaan negeri terhadap DUN dan Parlimen yang diwakili oleh PAS. PAS tidak menolak kemungkinan untuk menghadap Sultan Selangor sekiranya perkara ini tidak dapat diselesaikan. Tindakan yang dilakukan Azmin ini dipercayai sebagai satu bentuk tekanan ekoran pendirian PAS yang tidak lagi mahu bekerjasama dengan PKR menjelang PRU akan datang.

azmin Peruntukan Wakil Rakyat PAS Selangor Disekat?

Walaupun ia lebih cenderung kepada motif politik, tetapi kesannya secara langsung bakal menimpa rakyat Selangor. Duit tersebut bukanlah sebahagian daripada gaji atau elaun kepada ADUN dan Ahli Parlimen PAS, tetapi ia adalah peruntukan untuk sebarang aktiviti kebajikan kepada rakyat di kawasan-kawasan yang diwakili oleh PAS. Tanpa peruntukan tersebut, program-program kebajikan dan bantuan kepada rakyat yang memerlukan akan terjejas teruk.

Apa yang dilakukan oleh Azmin hari ini sama sebagaimana pentadbiran di zaman Dr Mahathir dahulu.

Kebanyakan kerusi-kerusi PAS di Selangor berada di kawasan majoriti Muslim dan Melayu. Golongan inilah yang bakal menerima kesan hasil tindakan politik tidak berperikemanusiaan Azmin. Sekiranya kepentingan rakyat sudah terancam, maka perkara ini bukan sekadar isu politik semata-mata. Tindakan PAS yang berkira-kira untuk menghadap Sultan sebagai ketua agama dan payung orang Melayu adalah sesuatu yang wajar.

hadi awang Sekat Peruntukan: Presiden PAS Beri Nasihat Kepada Azmin Ali

Presiden PAS turut menegur sikap Azmin itu. Berucap di program Fastaqim 2.4 peringkat negeri Selangor, Dato Seri Abdul Hadi mengatakan bahawa isu politik tidak boleh dicampur aduk dengan hal ehwal pentadbiran. Perlu dibezakan antara kerajaan dan parti politik. Sebagai sebuah kerajaan yang memerintah, semua pihak di Malaysia adalah rakyat yang perlu mendapat hak samarata tanpa mengira mereka di pihak parti yang mana.

Azmin kini sangat rapat dengan Dr Mahathir sebaik bekas Perdana Menteri itu keluar daripada UMNO.

Apa yang dilakukan oleh Azmin hari ini sama sebagaimana pentadbiran di zaman Dr Mahathir dahulu. Ketika kerajaan Kelantan bercita-cita mahu menggubal Enakmen Jenayah Syariah, Dr Mahathir bertindak mengugut kerajaan negeri. Begitu juga yang berlaku di Terengganu. Setelah PAS menang di negeri terbabit dalam pilihanraya 1999, Mahathir menghentikan bayaran Royalti Petroleum kepada kerajaan negeri bermula tahun 2000.

Mahathir Bagai Bapa Ayam Kutuk Pelacuran

Apa yang dibimbangi, Azmin kini sangat rapat dengan Dr Mahathir sebaik bekas Perdana Menteri itu keluar daripada UMNO. Hubungan mereka bertambah baik selepas Dr Mahathir menubuhkan parti baharu PPBM. Kini, Dr Mahathir telah diangkat oleh pemimpin Pakatan Harapan (PH) sebagai calon PM seterusnya jika PH mampu memenangi PRU akan datang. Dari apa yang dilakukan Azmin di Selangor sekarang, nampaknya keadaan politik di Malaysia bakal kembali ke zaman pemerintahan Dr Mahathir dahulu semula. Tidak ada beza BN yang mengugut penjawat awam yang tidak menyokong mereka supaya meletak jawatan dengan PH yang menyekat peruntukan kepada rakyat yang berada di kawasan yang diwakili oleh PAS.

azmin Ikut Logik Mahathir, Kerajaan Selangor Kerugian RM21 Bilion Kepada Pemaju Swasta

Sumber: Malaysia Today