Pakatan Perlu Kembangkan KDNK 40% Untuk Penuhi Janji Pendidikan Percuma - Penganalisis

Pakatan Perlu Kembangkan KDNK 40% Untuk Penuhi Janji Pendidikan Percuma – Penganalisis

Pengundi yang mengharapkan janji-janji hebat Pakatan Harapan perlu menilai semula harapan mereka.

Ahli ekonomi dan penganalisis politik yang telah mengkaji strategi pembangkang untuk mendapatkan pengundi berada di pihak mereka, berkata ia jelas bahawa pakatan longgar itu tidak pernah bertanya soalan asas kepada mereka sendiri, termasuk bagaimana ia merancang untuk mendapatkan dana bagi menunaikan janji-janjinya.

Profesor Ekonomi Dr Yeah Kim Leng dari Sunway University Business School berkata untuk Pakatan memenuhi janji pendidikan percuma, ia perlu mengembangkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara dengan sekurang-kurangnya 40%.

Pertumbuhan KDNK pada 2016 adalah 4.2%. Ia berkembang sebanyak 5.9% tahun lepas dengan nilai kira-kira RM1.1736 trilion.

The Economist: Malaysia Ke-8 Teratas Ekonomi Paling Pesat Berkembang

“Jika ia merancang untuk menyediakan pendidikan percuma di peringkat sekolah dan universiti tanpa meningkatkan KDNK sebanyak 40% atau 50%, beban itu akan ditanggung rakyat.

“Kerajaan pemerintah juga akan terpaksa untuk mengenakan cukai yang lebih tinggi bagi meningkatkan pendapatan.

“Ia perlu melihat bajet. Kos menguruskan sekolah dan universiti percuma akan menjadi sangat tinggi. Dari manakah dana akan datang?”

Penganalisis politik dan ahli ekonomi veteran Profesor Dr Hoo Ke Ping, yang menyifatkan janji Pakatan sebagai “gila”, berkata kerajaan perlu menghabiskan sekurang-kurangnya RM5 bilion setahun untuk menyediakan pendidikan percuma di institusi pengajian tinggi awam.

Kerajaan, tambah beliu, juga akan terpaksa untuk mengurangkan dana untuk aspek kritikal jika ia memutuskan untuk menyediakan pendidikan percuma di institusi pengajian tinggi awam.

Selangor Perlu Buktikan Dahulu Pendidikan Percuma Di Unisel

“Pada masa ini, kerajaan memperuntukkan sejumlah besar dari belanjawan tahunan untuk institusi pengajian tinggi awam, yang merupakan yang tertinggi, berbanding dengan negara-negara lain.

“Sebagai perbandingan, ia tidak sampai 3% pun di China dan 4% di Korea Selatan.”

Beliau berkata jika pembangkang memenangi pilihan raya dan meneruskan janji-janjinya, rakyat boleh menjangkakan pemotongan besar-besaran, termasuk gaji kakitangan awam dan pembangunan infrastruktur.

“Tidak akan ada Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan negara mungkin muflis.”

Pembangkang sebelum ini mengatakan ia akan mengekalkan BR1M.

Mengenai janji gaji minimum yang lebih tinggi, Profesor Dr Hoo Ke Ping berkata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad patut telah dapat melaksanakannya ketika ekonomi Malaysia berkembang pada tahun 1990-an.

Sumber: NST