PAS Desak SPRM Kemuka Hasil Siasatan Kekayaan Keluarga Mahathir

PAS Desak SPRM Kemuka Hasil Siasatan Kekayaan Keluarga Mahathir

Anggota akar umbi PAS Kawasan Kubang Kerian hari ini mendesak agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengemukakan hasil siasatan terhadap dakwaan kekayaan anggota keluarga Tun Dr Mahathir Mohamad.

Wakilnya, Azmi Mat Husin berkata kemewahan yang dimiliki oleh keluarga berkenaan sangat luar biasa kerana seorang anak Mahathir, Tan Sri Mokhzani turut tersenarai antara orang terkaya di Malaysia.

EXCO Armada PPBM Lapor SPRM Kekayaan Luar Biasa Anak-Anak Mahathir

“Saya hairan dengan apa yang dilakukan oleh Dr Mahathir ketika beliau menjadi perdana menteri sehingga anaknya memiliki kekayaan luar biasa.

“Justeru, kami mendesak agar siasatan SPRM sebelum ini dapat didedahkan kepada umum kerana ramai yang nak tahu mengenainya,” katanya selepas mengadakan perhimpunan mendesak perkara tersebut di depan Masjid al-Fattah, Jalan Pintu Geng di sini, hari ini.

Kira-kira 20 anggota PAS Kawasan Kubang Kerian turut menyertai perhimpunan tersebut yang berlangsung selepas solat Jumaat.

mahathir Mangsa Tragedi Memali Terkejut 'Pembunuh' Dinobat Jadi Calon PM

Dalam pada itu, Azmi turut menggesa agar kerajaan segera menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) terhadap tragedi Memali yang mengorbankan 18 nyawa termasuk empat anggota polis dalam kejadian lebih 30 tahun lepas itu.

Beliau berkata rakyat Malaysia ingin mengetahui kejadian sebenar yang berlaku ketika itu dan mereka yang terbabit dengan kes berkenaan perlu dihukum jika dibuktikan bersalah.