lim kit siang Pemimpin Pakatan Harapan Ketandusan Modal, Quinoa Pun Jadilah

Pemimpin Pakatan Harapan Ketandusan Modal, Quinoa Pun Jadilah

Pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan dilihat sudah ketandusan modal dan tidak ada isu untuk diputarbelitkan hinggakan jawapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkaitan cara beliau mengawal pemakanan pun boleh dijadikan isu dan diputarbelit oleh pemimpin pembangkang. Nampak sangat pembangkang semakin terdesak untuk memburuk-burukkan pemimpin negara itu.

Ini dapat dilihat apabila Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad, Penasihat DAP seumur hidup, Lim Kit Siang, Ahli Parlimen Segambut dari DAP, Lim Lip Eng antara yang ‘panas’ dan ‘terkesan’ apabila Najib berkongsi rutin diet sihat beliau makan quinoa yang penuh dengan protein yang diperkenalkan oleh anak beliau.

Untuk maklum, quinoa adalah makanan ruji masyarakat Inca, yang lebih sihat berbanding nasi kerana berasaskan protein, kurang karbohidrat dan kurang gula.

Beliau bukan hanya sekadar berkongsi tentang diet rutin sihat beliau, malah Najib juga turut memaklumkan keinginan beliau mahu mengetahui cara quinoa atau produk seperti quinoa ditanam dan dihasilkan di Malaysia agar ia dapat memberi manfaat dan pilihan yang lebih sihat kepada rakyat di negara ini.

Ini jelas menunjukkan Perdana menteri itu bukan hanya bercakap mengenai quinoa dan dirinya sahaja, malah Najib berkongsi mengenai hasratnya mahu tananam yang menghasilkan quinoa itu turut dapat ditanam di negara ini dan boleh dinikmati oleh rakyat yang mahu mengamalkan gaya hidup sihat.

Perdana Menteri sentiasa memikirkan manfaat yang boleh dinikmati oleh rakyat. Pejabat Perdana Menteri pun sudah menyelar putar belit pembangkang kerana apa yang dikatakan oleh Najib sudah jelas mengenai rutin kesihatan dan pemakanan beliau semasa disoal mengenainya ketika siaran langsung sesi Bajet 2018 Bersama Rakyat: Kesejahteraan Isi Rumah semalam.

Selain itu, pengambilan quinoa selain sebahagian dari rutin diet sihat yang diamalkan oleh perdana menteri, ia juga adalah atas nasihat doktor.

Najib Idola Pakatan Harapan, Makan Quinoa Pun Jadi Perhatian

“Kita sedia maklum YAB Perdana Menteri menghadiri banyak acara setiap minggu dan sentiasa dijamu dengan pelbagai makanan termasuk nasi dalam majlis-majlis tersebut,” kata kenyataan itu.

Apa yang diperkatakan oleh kenyataan itu benar kerana tidak pula Najib meminta penganjur atau tuan rumah menyediakan quinoa kerana beliau tidak makan nasi.

Sementara itu, Perdana Menteri membidas Mahathir yang juga Pengerusi Pakatan Harapan yang secara sinikal menyindir Najib dengan menyatakan beliau hanya makan nasi dan bukan quinoa yang dimakan oleh pemimpin negara itu.

Perdana Menteri berkata, sebenarnya tidak ada apa perlu dibangkitkan mengenai perkara tersebut kerana ia hanya makanan tambahan yang diambil sebagaimana vitamin dan madu dalam kalangan rakyat negara ini.

“Saya sebut makan quinoa pun jadi isu. Makanan ini ubat macam kita makan madu, vitamin. Tapi nasi lemak, nasi Vanggey pun saya makan.

“Dr. Mahathir cakap quinoa, tapi saya tidak (beri) makan kuda,” katanya.

Ini Bukti Mahathir Perdana Menteri Paling Miskin

Beliau berkata demikian dalam ucapan di Majlis Pemimpin Bersama Rakyat pada siri lawatan ke Negeri Sembilan, semalam.

Tambah beliau, hobi bekas perdana menteri keempat itu yang memelihara kuda lebih mahal kosnya daripada quinoa yang diambil beliau.

“(Beri) makan kuda lebih mahal dari (beri) makan manusia. Saya ingat sebulan (beri) makan kuda, tiga tahun makan quinoa. Beri makan kuda lebih mahal dari makan quinoa. Berapa ekor dia (Dr Mahathir) ada, tanya dia.

“Lepas itu dia bercuti di Argentina pulak main kuda. Apa yang mahal sangat quinoa tu, apalah nak jadi isu,” kata Perdana Menteri lagi.

Sumber: Utaranews