Pengakuan Mahathir Dedah Janji Palsu Pemimpin Pakatan Harapan & Manifesto Mereka

Pengakuan Mahathir Dedah Janji Palsu Pemimpin Pakatan Harapan & Manifesto Mereka

Ada pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan yang berbohong atau menabur janji palsu kepada rakyat.

Inilah di antara kesimpulan yang kita faham apabila meneliti kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad selepas majlis presiden Pakatan Harapan di ibu pejabat PPBM pada 20 Februari 2018.

Mahathir Akui Manifesto Pakatan Harapan Bukan Janji

Di antara kenyataan Mahathir Mohamad,

“Kita sedar bahawa sebelum kita menyiapkan manifesto, ramai juga daripada pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan yang telah buat kenyataan tertentu. Kita tidak terikat dengan kenyataan yang dibuat oleh pemimpin tertentu jika kita dapati kenyataannya tidak dapat dilaksanakan oleh kita apabila kita menerajui kerajaan. Jadi kita sedang membuat pindaan-pindaan kepada manifesto supaya kita dapat laksanakan segala janji-janji kita.”

Malah yang bakal menyebabkan lebih ramai rakyat lagi menjauhi pakatan pembangkang ialah kenyataan Mahathir yang mengaku bahawa ada janji-janji mereka yang tidak seperti yang diharapkan oleh rakyat.

Mahathir Akui Janji-Janji Pilihan Raya Pakatan Tak Mampu Dicapai

Persoalannya,

a. Siapakah pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan yang menabur janji sebelum ini tetapi ia hanya pembohongan, tidak dapat dilaksanakan dan penyedap rasa sahaja serta tidak dapat dilaksanakan oleh Pakatan Harapan?

b. Apakah bentuk janji-janji palsu yang telah ditabur oleh pemimpin-pemimpin pakatan pembangkang itu?

c. Apakah pemimpin-pemimpin pembangkang ini akan dibiarkan sahaja menabur janji palsu yang telah memperbodoh-bodohkan rakyat Malaysia?

d. Apakah Bajet Alternatif 2018 juga sekadar dongengan menipu rakyat kerana ianya menjadi sebahagian manifesto ekonomi ditawarkan Pakatan Harapan kepada pengundi untuk PRU14?

Pelan Tindakan Pakatan Harapan Untuk Kebankrapan Nasional

Ironinya, ketika ini pun sudah wujud pertembungan pandangan di antara Mahathir dan kepimpinan Pakatan pembangkang.

Kepimpinan pembangkang lantang mendakwa mereka akan menghapuskan tol jika menang PRU14 tetapi kenyataan mereka itu berbeza dengan kenyataan Mahathir yang mempertahankan tol.

“Tetapi masih ramai tak puas hati dengan tol dikenakan. Kalau tol tak dikenakan langsung, sukar nak selenggara lebuh raya utara selatan,” kata Dr Mahathir.

Lihat video di bawah:

Dan kerajaan BN hari ini telah memansuhkan beberapa kutipan tol di Plaza Tol Batu Tiga di Shah Alam Plaza Tol Sungai Rasau di Selangor, Plaza Tol Bukit Kayu Hitam di Kedah dan Lebuh Raya Lingkaran Penyuraian Timur (EDL) di Johor.

Lihat video dibawah:

Bagaimana pula dengan isu rakyat Pulau Pinang yang akan dibebankan dengan kutipan tol apabila kerajaan DAP Pulau Pinang membenarkan Consortium Zenith Sdn Bhd mengutip tol selama 30 tahun untuk terowong Pulau Pinang? Kenapa mereka tidak bising?

lim guan eng 2 Lebuhraya Bertol Baru & Kenaikan Caj Letak Kereta, Ihsan Dari DAP

Yang pasti, pakatan pembangkang adalah satu entiti yang tidak boleh dipercayai oleh mana-mana rakyat Malaysia. Mereka sendiri meliwat manifesto pilihanraya mereka:

– Pembangkang berjanji untuk menurunkan caj air tetapi caj air telah dinaikkan beberapa kali tanpa rasa bersalah di Pulau Pinang. Malah, rakyat pula yang dipersalahkan.

– Pembangkang menentang GST tetapi akan mengenakan semula cukai SST yang diketahui umum mempunyai masalah percukaian bertindih dan juga perhitungan berganda dalam pengiraan nilai produk serta mempunyai masalah ketirisan akibat manipulasi pemborong dan penjual.

– Kerajaan Pakatan Harapan juga telah menaikkan pelbagai jenis cukai yang amat mencekam kehidupan rakyat.

– Dalam masa setahun (2009) Pakatan mentadbir negeri, kutipan premium tanah meningkat hampir 3 kali ganda daripada RM19 juta kepada RM54 juta.

– Pada 2015, cukai premium meningkat lebih 20 kali ganda kepada RM414 juta. Caj pembangunan meningkat 3 kali ganda selepas 2008.

– Yuran perparitan dinaikkan kepada RM50,000 seekar oleh kerajaan negeri Pakatan daripada RM10,000 seekar semasa pentadbiran BN.

Sekat Peruntukan: Azmin Tiru Polisi Lim Guan Eng?

Segala kenaikan cukai ini telah menyusahkan rakyat. Ini belum lagi mengambil kira pelbagai skandal bilion ringgit wang rakyat dan salahguna kuasa di negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Harapan.

Kesimpulannya, pembohongan demi pembohongan yang ditabur oleh kepimpinan pakatan pembangkang adalah perkara yang tidak beretika dan tidak bertanggungjawab.

Mereka ini tidak layak untuk dipilih sebagai wakil rakyat kerana pada dasarnya telah mengkhianati rakyat itu sendiri. PRU14 adalah tempat yang paling sesuai untuk mengajar kepimpinan Pakatan pembangkang supaya tidak berkelakuan buruk lagi.

Sumber: Novandri