PKR Isytihar Perang Terhadap PAS Bila Sekat Peruntukan

PKR Isytihar Perang Terhadap PAS Bila Sekat Peruntukan

Ahli Jawatankuasa Pusat PAS, Ustaz Mokhtar Senik berpendapat apabila Kerajaan Negeri Selangor pimpinan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyekat peruntukan kepada wakil rakyat PAS, ia seumpama PKR telah mengisytiharan perang terhadap parti Islam.

Tindakan Azmin itu sepatutnya menjadi pengajaran kepada sesetengah pendokong PAS yang sebelum ini cuba berunding politik dengan Timbalan Presiden PKR itu kata Ustaz Mokhtar.

azmin Peruntukan Wakil Rakyat PAS Selangor Disekat?

“Bagi saya statement dan tindakan Azmin Ali terhadap PAS terutamanya sekatan peruntukan kepada ADUN-ADUN PAS adalah sebuah PENGISTIHARAN PERANG terhadap Pas.

“So jangan ada lagi pimpinan PAS yang terhegeh-hegeh nak bincang itu dan ini dengan PKR berkaitan PRU,” katanya dalam satu kenyataan.

Ustaz Mokhtar yang juga ketua Dewan Ulama PAS Pahang berkata PKR akan menerima akibat daripada perbuatannya pada PRU14 nanti, di mana parti Keadilan itu bakal kehilangan sokongan daripada akar umbi PAS.

Terima Kasih Rafizi! Ulama PAS Lulus Usul Putus Kerjasama Dengan PKR

“PKR lahir ke dunia politik dalam keadaan bertelanjang. Tanpa kerusi dan tanpa jentera. Yang ada hanya lebam-lebam di sana sini.

“PAS telah banyak membantu dan berkorban, sehingga PKR layak dipanggil seorang lelaki. Tapi begitulah lumrahnya. Tidak akan ada istilah IKHLAS , JUJUR dan PERSAHABATAN dalam kamus politik parti sekular.

“Moga kamu kembali semula dalam keadaan telanjang,” katanya lagi.

Sumber: AIDC