PKR Masih Gagal Gagal Padam 'Fitnah' Anwar Sebagai Peliwat - Aktivis PAS

PKR Masih Gagal Gagal Padam ‘Fitnah’ Anwar Sebagai Peliwat – Aktivis PAS

Walaupun PKR teruja dengan pembebasan Anwar Ibrahim pada 8 Jun ini, namun sehingga ke hari ini parti Keadilan itu gagal memadamkan dakwaan Ketua Umum PKR itu sebagai seorang peliwat, kata aktivis PAS Wilayah Persekutuan Herman Samsudeen.

Menurutnya, selain tuduhan itu dibuat oleh mangsa Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan, tuduhan yang sama pernah dibuat oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Perdana Menteri tidak pernah menarik balik kenyataannya hingga ke hari ini.

Mahathir Ketepikan Prinsip & Keadilan Demi Politik - Saiful Bukhari

Excited sungguh orang PKR buat billboard untuk umum pembebasannya Anwar 8 Jun 2018….. Namun pembebasan dan billboard ini masih gagal membebaskan Anwar dari “fitnah” meliwat.

“Selain Saiful Bukhari, Mahathir juga sehingga ke hari ini belum lagi menarik tuduhan beliau yang mendakwa Anwar meliwat!!! Gelaran peliwat kekal menjadi titik hitam dalam sejarah politik Anwar,” katanya dalam Facebook.

Tambahnya, sikap ‘apolegetic’ Anwar kepada Dr Mahathir seolah-olah mengesahkan tuduhan yang dibuat oleh bekas Perdana Menteri itu terhadapnya adalah benar.

“Pelik, walaupun bersama dengan PH, Mahathir masih bertegas dan tidak mahu bersihkan nama Anwar.

Apa Pendirian Mahathir Sekarang Tentang Perbuatan Liwat Anwar?

“Malah sikap apolegetic Anwar terhadap Mahathir seolah-olah satu PENGAKUAN bahawa benarlah beliau meliwat seperti yang didakwa Mahathir. Sepatutnya beliau harus meminta Mahathir bertaubat dan akui tuduhan liwat itu fitnah sebelum memaafkannya.

“Apa pun tahniah Anwar kerana dapat bebas awal selepas pertemuan dengan Najib dan Zahid di Hospital tahun lepas,” katanya lagi.

Sumber: AIDC