lim guan eng Satu Lagi Bukti Skandal Terowong Berbilion Ringgit: Putar Belit & Pembohongan

Satu Lagi Bukti Skandal Terowong Berbilion Ringgit: Putar Belit & Pembohongan

Pembangkang bukan sahaja berdepan dengan bebanan yang mereka pikul disebabkan pelbagai skandal dan permasalahan yang berlaku semasa Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri. Lebih-lebih lagi merekalah pihak yang begitu lantang menentang Dr Mahathir hingga dibawa ke jalan raya dan mengadu ke luar negeri.

Begitu juga permasalahan yang berlaku di negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Harapan. Ianya menjurus kepada ketidakmampuan dan teruknya puak pembangkang mentadbir negeri.

Lim Guan Eng masih lagi tidak mahu mengaku salah. Sebaliknya, beliau memutarbelitkan banyak persoalan yang timbul disebabkan skandal mega terowong bilion ringgit wang rakyat.

Lim Guan Eng masih lagi menegak benang yang basah tentang status China Railway Construction Corporation (CRCC). Beliau mendakwa CRCC hanya sebagai kontraktor utama sahaja dan bukan salah satu pemegang saham dalam Konsortium Zenith.

CRCC Nafi Jadi Pemegang Saham Atau Pemaju Projek Terowong Dasar Laut Pulau Pinang

Berbelit-belit jawapan Lim Guan Eng untuk cuba tidak menjawab bukti bahawa CRCC pernah diletak sebagai pemegang saham oleh beliau dan kerajaan DAP itu sendiri.

Yang terbaru ialah kenyataan beliau yang hanya menjawab status BUCG sebagai pemegang saham tetapi enggan menjawab status CRCC.

Wee even claimed that the Penang government has misrepresented the shareholders of the Penang Tunnel company since CRCC and BUCG (Beijing Urban Construction Group) have never been shareholders. This is untrue because BUCG was originally a shareholder before they were allowed to leave. – CM Lim Guan Eng

Satu lagi bukti adalah seperti yang dinyatakan oleh Lim Guan Eng sendiri. Beliau pernah mendakwa bahawa Konsortium Zenith BUCG adalah syarikat kegunaan khas sebagai usahama di antara Construction Zenith, CRCC bersama BUCG, Sri Tinggi Sdn Bhd serta Juteras Sdn Bhd.

Kenyataan Guan Eng itu tertera di dalam Buletin Mutiara, akhbar rasmi kerajaan DAP 16-31 Mac 2013.

Sumber: Klik Sini

Kenyataan Lim Guan Eng itu turut disertakan dengan carta di bawah yang jelas menunjukkan bahawa beliau dan kerajaan DAP mengaku bahawa CRCC adalah pemegang saham konsortium dan modal berbayar CRCC turut dikira sebagai modal berbayar Konsortium Zenith BUCG!

Malah sebelum ini, Lim Guan Eng DAP juga telah menyatakan nilai RM4.5 bilion sebagai modal berbayar konsortium tersebut (jika dicampur dengan modal berbayar CRCC bernilai RM4.0 bilion).

Tidak sepertimana yang didakwa BN, modal berbayar keempat-empat syarikat yang telah memenangi tender tersebut sebagai konsortium adalah RM4.5 bilion dan bukan RM2. Tambahan pula, keempat-empat syarikat tersebut akan menandatangani perjanjian secara asing dengan kerajaan negeri – 21 Mac 2013 (Sumber: Roketkini)

Lim Guan Eng Kata Belum Bayar, EXCO lim hock seng Kata Sudah Bayar RM216 Juta, Siapa Bohong?

Dan sehingga ke hari ini Lim Guan Eng buat-buat tidak nampak dan takut untuk menjawab kenyataan Setiausaha Kerajaan negeri Pulau Pinang pada 4 Mac 2013. Di antaranya:

Konsortium Zenith BUCG Sdn Bhd adalah sebuah special purpose vehicle (SPV) yang merupakan konsortium usahasama di antara syarikat kontraktor berpakaran dengan pemaju seperti berikut:-

Zenith Construction Sdn Bhd bersama China Railway Construction Corporation Ltd sebanyak 70% ekuiti dengan modal berbayar sebanyak RM 3.5 juta dan RM 4 bilion masing-masing;

Beijing Urban Construction Group 10% ekuiti dengan modal berbayar sebanyak RM 541 juta;

Sri Tinggi Sdn Bhd 10% ekuiti dengan modal berbayar sebanyak RM 3.7 juta; dan

Juteras Sdn Bhd 10% ekuiti dengan modal berbayar sebanyak RM 1 juta.

Keseluruhan modal berbayar keempat-empat syarikat adalah RM4,549.2 juta yang memenuhi kriteria kerajaan negeri yang meletakkan modal berbayar minima RM381 juta. (Sumber: Buletin Mutiara)

CRCC Dakwa Kos Kajian RM88 Juta Saja Tapi Kerajaan DAP Pulau Pinang Bayar RM208 Juta?

Di sini jelas bahawa CRCC dianggap sebagai pemegang saham/ekuiti Konsortium Zenith dan modal berbayar CRCC (RM4 bilion) dicampur menjadikan modal berbayar Konsortium Zenith menjadi RM4.5 bilion.

Buktinya ada tetapi kita masih lagi musykil dengan kedegilan Lim Guan Eng yang masih enggan mengaku beliau dan kerajaan DAP negeri telah mendakwa bahawa CRCC adalah sebahagian pemegang ekuiti Konsortium Zenith. Kenapa?

1. Pengakuan Guan Eng itu juga akan menafikan kenyataan Setiausaha negeri Pulau Pinang.

2. Mungkin sikap puak DAP yang tidak akan mengaku bersalah walau pun buktinya di depan mata. Sebaliknya, mereka lebih suka menuding jari kepada pihak lain.

3. Atau pun beliau tahu bahawa pengakuan beliau kelak akan menyebabkan kontrak mega terowong itu menimbulkan pelbagai lagi persoalan panas dan kontroversi hingga menyebabkan beliau terpaksa meletakkan jawatan atau kalah pada PRU14 nanti.

Penulis percaya rakyat Pulau Pinang sedang menilai Lim Guan Eng dan kerajaan DAP dengan serius.

DAP baru sahaja memegang kerajaan negeri selama 2 penggal tetapi pelbagai kerosakan dan skandal yang melibatkan bilion ringgit wang rakyat telah muncul serta gagal dijawab secara transparent dan jujur oleh kerajaan DAP.

Sumber: Novandri