Selangor Belum Beri Kelulusan Projek ECRL, Mahu Sabotaj?

Selangor Belum Beri Kelulusan Projek ECRL, Mahu Sabotaj?

Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) berkemungkinan besar boleh terjejas sekiranya kerajaan negeri Selangor tidak memberi kelulusan permohonan tanah untuk pembangunan projek tersebut yang dijadualkan beroperasi menjelang 2024.

Ketua Pembinaan Infrastruktur Malaysia Rail Link Sdn. Bhd. (MRL), Noor Azlan Salleh berkata, sehingga kini kerajaan negeri itu masih belum meluluskan permohonan tanah yang telah dipohon oleh pihaknya.

Katanya, sehubungan itu, pembangunan projek ECRL yang bermula sejak November lalu itu akan memberi tumpuan kepada tanah-tanah milik kerajaan di Pahang, Kelantan dan Terengganu yang telah mendapat kelulusan daripada kerajaan negeri terbabit.

Siapa Tamak? ECRL RM79 Juta Per Km, Penang Island Link RM385 Juta Per Km


Baca juga: Jika Pakatan Harapan Memerintah, Mereka Mahu Batalkan Projek HSR & ECRL
Baca juga: ECRL: Yeo Bee Yin DAP Mahu Sabotaj Ekonomi Pantai Timur?

“Bagi kelulusan tanah di Sela­ngor, ia perlu mendapat kelulusan Majlis Tindakan Ekonomi Selangor iaitu kelulusan dasar kerajaan negeri sebelum sebarang projek pembinaan dilaksanakan.

“Kelulusan inilah yang kita masih tunggu dan pada masa ini belum ada apa-apa lagi. Pihak kita juga telah berhubung banyak kali termasuk di peringkat ter­tinggi dan kami masih berusaha supaya ia dapat diselesaikan secepat mungkin,” katanya kepada media dalam lawatan ke tapak projek ECRL di Bentong, Pahang minggu lalu.

MRL, yang dimiliki sepenuh­nya oleh Kementerian Kewangan Diperbadankan adalah pemilik projek dan pemilik aset ECRL manakala China Communications Contruction Company (CCCC), syarikat milik kerajaan China bertanggungjawab sebagai kontraktor kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan dan pelaksanaan.

Pembinaan ECRL sepanjang 688 kilometer akan menghubungkan ne­geri-negeri pantai timur dengan fasa pertama melibatkan laluan landasan kereta api elektrik me­lalui Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor dengan jajaran sepanjang 531.6 kilometer (km) dan jajaran sisihan sepanjang 68.7 km.

najib ecrl Pertumbuhan Sebenar Di Pantai Timur, Pembangkang Mahu Menyoal Manfaatnya?


Baca juga: Sektor Perkhidmatan & Pertanian Kelantan Raih Manfaat Daripada ECRL
Baca juga: Komuniti Perniagaan Di Kelantan Tetap Mahu ECRL

Di bawah pembinaan fasa per­­tama, jajaran tersebut akan menghubungkan kesemua pusat bandar utama di pantai timur dan mempunyai 12 stesen penum­pang, tiga stesen kargo, tujuh stesen penumpang dan kargo.

Pembangunan fasa kedua pula melibatkan sambungan fasa pertama di Kelantan dari Kota Bharu ke Pengkalan Kubor dan Selangor dari Gombak-Serendah-Jalan Kastam (Pelabuhan Klang) dengan jajaran utama sepanjang 102.3 km dan jajaran sisihan sepanjang 4.5 km dengan dua stesen penum­pang dan dua stesen penumpang dan kargo.

Noor Azlan berkata, dalam pembinaan fasa kedua ECRL, Selangor mempunyai laluan paling panjang iaitu 80 km dari Gombak ke Pelabuhan Klang berbanding 19 km dalam fasa pertama.


Baca juga: Mahathir Tidak Suka ECRL & Lebuh Raya CSR Majukan Pantai Timur
Baca juga: Menjawab Serangan Propaganda Sempit Pakatan Tentang ECRL

Katanya, fasa kedua ECRL ketika ini masih dalam proses paparan awam yang akan selesai pada 6 Mac ini yang merupakan syarat Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) untuk mendapat kelulusan bagi skim kereta api fasa kedua.

“Apabila selesai paparan awam ini, kita akan kemukakan laporan kepada SPAD dan sekiranya ada bantahan, SPAD akan membuat keputusan sama ada laluan itu dikekalkan atau perlu diubah. Buat masa ini, laluan ini adalah berdasarkan kepada keputusan laluan kereta api untuk ECRL sebagaimana diluluskan SPAD bagi fasa pertama,” katanya.

Beliau memberitahu, pemba­ngunan projek ECRL perlu dite­ruskan supaya proses pengambilalihan tanah terutama yang melibatkan tanah hak milik persendirian tidak menjejaskan keseluruhan kemajuan projek bernilai RM55 bilion itu.