Skandal RM1.18 Bilion Tanah Ijok Semakin Menghantui Pakatan Harapan

Skandal RM1.18 Bilion Tanah Ijok Semakin Menghantui Pakatan Harapan

Skandal bilion ringgit wang rakyat semakin menghantui kerajaan Pakatan Harapan. Buktinya sangat jelas manakala kepimpinan negeri cuba untuk zip mulut.

Kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan yang sebelum ini begitu lantang bersuara tentang korupsi dan salah guna kuasa senyap mendiamkan diri seolah-olah tidak nampak skandal yang menggoncang kerajaan PKR Selangor.

Kenapa Serah Kembali Tanah Ijok Kepada Syarikat Didakwa 'Kroni BN'?

Yang kita perlu tahu:

Tahun 1998

Kerajaan BN memberikan tanah di mukim Ijok secara percuma kepada peneroka.

Tahun 2001

Peneroka menyerahkan tanah kepada syarikat swasta yang dikaitkan dengan penyokong tegar Pakatan Harapan dengan janji pampasan tunai RM180,000 dan sebuah rumah.

Bukan itu sahaja, syarikat-syarikat itu turut mencagarkan tanah tersebut kepada institusi kewangan untuk mendapat pinjaman.

Tetapi projek itu terbengkalai.

Siasat Dalang Pemulangan Tanah Ijok - Khalid Ibrahim

Tahun 2009

Khalid Ibrahim dan kerajaan negeri Selangor merampas semula tanah itu kerana syarikat-syarikat itu telah melanggar syarat-syarat di bawah Kanun Tanah Negara:

a. Syarikat tidak membayar premium tanah.

b. Syarikat tidak menukar syarat tanah pertanian kepada tanah perumahan.

c. Syarikat tidak membayar premium tukar syarat tanah.

Khalid Ibrahim Perli PKR Hanya Laungkan Retorik Keadilan Tanpa Komitmen

22 Oktober 2013

Mahkamah Tinggi berpihak kepada kerajaan negeri dan Khalid Ibrahim dalam kes saman Mujur Zaman Sdn Bhd dan LBCN Development Sdn Bhd untuk mendapatkan balik tanah itu.

17 Februari 2014

Mahkamah Rayuan berpihak kepada kerajaan Selangor dan Menteri Besar Selangor.

Walau pun 2 kali kalah, syarikat- syarikat itu bawa kes ke Mahkamah Persekutuan [Rayuan Sivil No. 01(i)-14-04/2014(W)]

22 September 2015

Mujur Zaman dan LBCN Development dan beberapa buah syarikat berkaitan telah membuat perjanjian dengan sebuah syarikat awam untuk menjual 2,198.4 ekar tanah berkenaan dengan harga RM1,181,335,536.65

17 Mei 2016

Sebelum sempat keputusan Mahkamah Persekutuan, Azmin Ali telah menfailkan satu perjanjian penyelesaian kepada Mahkamah Persekutuan bahawa Kerajaan Negeri Selangor dan syarikat-syarikat itu telah bersetuju untuk membatalkan kes tersebut.

Azmin Ali menyerahkan kembali tanah-tanah itu kepada syarikat tersebut.

azmin ijok Kerajaan Selangor Tidak Boleh Runding Tepi Atau Rahsia - Khalid Ibrahim

Walaupun merupakan salah satu daripada pihak dalam kes tersebut, TS Khalid Ibrahim dan peguamcaranya tidak pernah hadir atau diajak hadir ke sebarang perbincangan untuk penyelesaian tersebut.

Azmin Ali sebelum ini dilaporkan mengumumkan pembayaran pampasan kepada kesemua 980 peneroka sebanyak tunai RM180,000 seorang dan sebuah rumah bernilai RM250,000, melibatkan nilai keseluruhan RM421.4 juta.

Yang dipersoalkan ialah:

1. Tindakan kerajaan PKR Selangor ‘akur’ dengan menyerahkan tanah kepada syarikat pemaju walau pun sudah menang 2 kali dalam mahkamah dan masih berjalan di Mahkamah Persekutuan.

2. Nilai tanah bernilai RM1.18 bilion tetapi nilai keseluruhan pampasan ialah RM421.4 juta. Apa jadi dengan baki RM800 juta?

3. Pihak peneroka juga mempertikaikan jenis rumah yang bakal mereka terima. Mereka dijanjikan rumah jenis semi-D tetapi difahamkan akan menerima rumah bersaiz lebih kecil. Mereka juga patut menerima wang tunai yang lebih tinggi kerana nilai tanah ketika ini yang lebih tinggi berbanding dengan 18 tahun lalu. Apa sudah jadi?

Apakah wujud korupsi, salah guna kuasa dan mengkayakan kroni seperti yang berlaku dalam kerajaan DAP Pulau Pinang?

Skandal Tanah Ijok: Wang RM756 Juta Masuk Poket Siapa?

Sumber:  Novandri