Skandal Tanah Ijok: Wang RM756 Juta Masuk Poket Siapa?

Skandal Tanah Ijok: Wang RM756 Juta Masuk Poket Siapa?

Mereka ingat boleh larikan fokus saya. Maaf kecewalah kamu!

Isu skandal tanah Ijok secara ringkas

– Tahun 1998: Tanah itu diberi oleh kerajaan BN Selangor dahulu secara percuma kepada peneroka

– Tahun 2000: Peneroka beri tanah itu kepada pemaju syarikat swasta yang ada kaitan dengan penyokong tegar Mahathir, Khairuddin Abu Hassan dengan janji pampasan RM180,000 tunai dan sebuah rumah.

– Tahun 2000 hingga 2008: Projek tidak jalan lancar sehingga 2008.

– Tahun 2008 hingga 2018: Di bawah kuasa kerajaan Pakatan.

– Tahun 2009: Kerajaan Khalid Ibrahim rampas tanah itu.

– Tahun 2013 Syarikat swasta saman kerajaan Selangor di Mahkamah Tinggi untuk dapat balik tanah tetapi kalah.

– Tahun 2014: Syarikat swasta saman kerajaan Selangor di Mahkamah Rayuan untuk dapat balik tanah tetapi kalah lagi.

– Tahun 2014: Tan Sri Khalid Ibrahim dijatuhkan dan Azmin Ali menjadi Menteri Besar baru.

– Tahun 2015: Walaupun sudah kalah dua kali dan tanah tidak lagi di atas nama mereka, syarikat swasta itu jualkan tanah itu kepada syarikat awam untuk RM1.18 bilion.

– Tahun 2016: Sebelum perbicaraan bermula di Mahkamah Persekutuan, kerajaan Azmin Ali mengaku kalah dan serahkan tanah-tanah itu kepada syarikat swasta dengan syarat hanya boleh dijual kepada syarikat awam di atas.

Tahun 2017 : cheGuBard SAMM membuat laporan SPRM dan menyerahkan semua dokumentasi berkaitan kpd SPRM. (Laporan SPRM skandal tanah RM1.181 bilion terkait Azmin Ali dan Khairuddin Abu Hassan)

azmin Tanah Ijok: Kenapa Serah Tanah Peneroka Kepada Syarikat Khairuddin?

Khairuddin Abu Hassan pada 4 Oktober menyatakan beri cheGuBard 24 jam untuk menarik semula pendedahan mengenai penglibatanya dalam skandal tanah Ijok namun sehingga kini tak ada saman pun. (Khairuddin panik dan lapor polis untuk bina persepsi dia bersih)

Tahun 2017 juga didedahkan oleh cheGuBard tindakan korup butiran korupsi penyelesaian luar mahkamah juga libatkan syarikat guaman pimpinan PKR Pusat. (Syarikat guaman pemimpin PKR wakili syarikat perumahan projek bernilai RM1.181 bilion yang berakhir dengan rundingan yang merugikan kerajaan)

– Tahun 2018: Pampasan RM180,000 tunai dan sebuah rumah diberikan kepada peneroka-peneroka.

Jumlah pampasan yang diberi kepada peneroka-peneroka ialah RM421 juta tetapi syarikat swasta itu mendapat hasil jualan tanah peneroka sebanyak RM1.18 bilion.

– Tahun 2018: Muncul persoalan, mengapa Azmin Ali cepat mengaku kalah walaupun sudah pernah menang dua kali.

Perlu juga bertanya di mana baki sebanyak RM756 juta sudah pergi?

Azmin Dicabar Dedah Dokumen 'Rundingan Tepi' Skandal Tanah Ijok

(Tanah yang dijual semua dari peneroka-peneroka tetapi syarikat swasta dapat RM1.18 bilion dan peneroka-peneroka dapat RM421 juta. Adil atau tidak?)

– Tahun 2018: Bekas MB Khalid Ibrahim kata pada masa itu ada banyak broker-broker dan ejen-ejen yang mahu beliau menyelesaikan masalah tanah ini untuk kepentingan syarikat swasta yang terbabit tetapi dia tolaknya kerana tidak menjaga hak peneroka-peneroka.

Khalid juga membidas Azmin berbuat demikian kerana merugikan kerajaan Selangor dan mahu semua pihak yang terlibat disiasat.

Persoalan juga ialah tanah tersebut dijual dengan harga RM12 satu kaki persegi walaupun kawasan itu kini cepat membangun semenjak lebuhraya LATAR dibuka.

Adakah harga ini terlalu rendah kerana ada juga tanah yang sama kini dijual pada harga RM40 hingga RM65 satu persegi?

Jika tanah itu dijual secara tender terbuka, apa harganya?

Oleh Chegubard