Soalan & Jawapan 'Lembu Dalam Kondo' Rafizi

Soalan & Jawapan ‘Lembu Dalam Kondo’ Rafizi

SOALAN 1: Apa yang terjadi?
JAWAPAN: Rafizi disabitkan melanggar akta kerahsiaan perbankan disebabkan oleh pendedahan beliau mengenai penyata akaun bank pihak lain dalam sidang akhbar pada 12 Mac 2012. Beliau dihukum penjara 30 bulan.

SOALAN2: Tahun 2012? Tetapi ini adalah tahun 2018. Kenapa begitu lewat hal ini diselesaikan?
JAWAPAN: Hal ini terjadi kerana Rafizi terus menunda perbicaraan tersebut. Beliau mencabar untuk mengubah hakim, beliau mencabar undang-undang untuk mengatakan perbuatan BAFIA tidak berperlembagaan. Dan apabila beliau kalah, beliau membuat rayuan dan telah menyebabkan terjadinya penangguhan kepada kes BAFIA sebenar selama bertahun-tahun.

SOALAN 3: Apa yang dia dedahkan di sidang akhbar tersebut?
JAWAPAN: Beliau mengatakan bahawa syarikat National Feedlot Corp Sdn Bhd (NFC Sdn Bhd) telah menggunakan sebahagian daripada pinjaman mudah yang bernilai RM250 juta daripada pihak kerajaan untuk membeli sebuah kondominium mewah.

Lembu & Kondo, Rafizi Sudah Tak Mahu Ulang?

SOALAN 4: Ya Tuhanku! Adakah ia benar?
JAWAPAN: Ianya sama sekali TIDAK BENAR. Dalam saman fitnah berasingan terhadap sidang akhbar yang sama tersebut oleh NFC Sdn Bhd, Rafizi telah didapati berbohong. Rafizi juga diperintahkan supaya membayar ganti rugi RM300,000 kepada NFC.

SOALAN 5: RM300,000? Kasihan Rafizi. Adakah dia berjaya membayar ganti rugi yang dikenakan ke atasnya?
JAWAPAN: Ya, beliau berjaya membayar ganti rugi sebanyak RM300,000 selepas beliau membuat rayuan meminta sumbangan derma daripada orang awam.

SOALAN 6: Oleh itu, jika apa yang dituduh Rafizi pada sidang akhbar yang menggunakan penyata bank adalah satu pembohongan, apakah motif sebenarnya Rafizi untuk menjadi “pemberi maklumat”?
JAWAPAN: Rafizi hanya berbohong. Malah bukan Rafizi yang mendedahkan masalah projek ternakan lembu NFC tetapi Laporan Ketua Audit Negara tahun 2010 yang mendedahkan perkara tersebut.

SOALAN 7: Tetapi sebagai pemberi maklumat, adakah Rafizi dilindungi?
JAWAPAN: Tidak. Beliau tidak mendaftarkan dirinya sebagai pemberi maklumat di bawah Akta Pemberi Maklumat 2010 dan beliau juga tidak mengikut peruntukan di bawah akta itu. Oleh itu, beliau tidak berkelayakan sebagai pemberi maklumat.

Rafizi Perlu Kekal Mengira Lembu & Berhenti Mengira Kapal Terbang

SOALAN 8: Apakah masalah besar mengenai tindakan seseorang yang menunjukkan penyata akaun orang lain?
JAWAPAN: Ia merupakan isu yang sangat besar kerana kerahsiaan perbankan adalah asas sistem perbankan kita yang bukan hanya di Malaysia malah di seluruh dunia. Bayangkan jika saya menunjukkan penyata akaun bank dan kad kredit anda kepada rakan gadis anda atau kepada orang ramai. Saya pasti anda juga tidak mahu itu berlaku kerana ia melanggar privasi anda.

SOALAN 9: Tapi kenapa mahkamah tidak memberi peluang sekurang-kurangnya sekali kepada Rafizi kerana beliau kelihatan seperti orang yang baik (walaupun kelihatan seperti orang bodoh kerana berbohong).
JAWAPAN: Tidak boleh. Sekiranya mahkamah mengatakan ia bukan satu jenayah untuk menunjukkan penyata akaun orang lain, maka ianya akan digunakan sebagai contoh kes bagi kes-kes lain pada masa akan datang. Ini bermakna kerahsiaan perbankan akan terhenti di Malaysia.

SOALAN 10: Oh begitu, tetapi bagaimana pula dengan pinjaman RM250 juta?
JAWAPAN: Pinjaman mudah bukan wang percuma untuk NFC. NFC masih perlu membayar balik pinjaman bersama dengan faedah RM5 juta setahun. Ia tidak seperti bayaran RM305 juta untuk laporan kajian Terowong Pulau Pinang yang terlalu mahal  di mana anda tidak boleh mendapatkan semula wang itu.

Gagal Langsai Ganti Rugi, Rafizi Terima Notis Bankrap

SOALAN 11: Lari topik sedikit. Oh ya, RM305 juta hanya untuk membayar laporan kajian projek meragukan di Pulau Pinang, terutama tiada walau sebatang jalan raya pun mula dibina dalam tempoh 5 tahun. Apakah yang dikatakan oleh Rafizi si “pemberi maklumat” mengenai projek terowong ini?
JAWAPAN: Tiada apa-apa yang dikatakan oleh Rafizi.

SOALAN 12: Tetapi bukankah Rafizi bertindak sebagai pemberi maklumat?
JAWAPAN: Ya jika Rafizi dianggap sebagai pemberi maklumat, beliau merupakan pemberi maklumat berpilih. Namun, anda harus ingat bahawa Rafizi pernah mengakui bahawa tugasnya adalah menghasut rakyat setiap hari untuk membenci kerajaan.

SOALAN 13: Adakah anda bergurau? Betulkah Rafizi kata begitu?
JAWAPAN: Ya, betul. Lihat pengakuannya di Youtube ini:

SOALAN 14: Baiklah, adakah NFC pernah membayar balik pinjaman?
JAWAPAN: Benar, memang NFC ada membayar balik ansuran pinjaman setiap tahun sehingga tahun 2013 sebnyak RM34.98 juta. Tetapi selepas tahun 2014, mereka sudah tidak boleh membayar balik pinjaman kerana kerajaan telah membekukan semua akaun mereka sementara menunggu siasatan.

SOALAN 15: Jadi apakah yang berlaku kepada duit dan aset syarikat tersebut?
JAWAPAN: Ianya masih lagi dibekukan oleh kerajaan, untuk mengawal pengeluaran, penjualan dan kehilangan wang tunai.

SOALAN 16: Adakah wang sebanyak RM250 juta itu masih boleh dikembalikan?
JAWAPAN: Terdapat dua tawaran dari syarikat usahama asing-tempatan untuk membeli projek itu bagi menyelesaikan pinjaman tersebut. Tetapi tidak mendapat kelulusan daripada kerajaan kerana kes ini masih lagi dalam siasatan.

SOALAN 17: Adakah syarikat itu benar-benar ada menternak lembu?
JAWAPAN: Ya. Laporan Ketua Audit Negara mengatakan syarikat itu menternak mencecah hampir 4,000 ekor lembu pada tahun 2010 tetapi ia hanya mencapai 40% daripada sasaran yang dipersetujui.

Simpanan Lebih RM1 Juta, Tapi Rafizi Minta Rakyat Bayarkan Saman RM300,000

SOALAN 18: 40%? Mengapa NFC Sdn Bhd gagal melaksanakannya?
JAWAPAN: NFCorp Sdn Bhd sebenarnya membawa masuk 8,000 ekor ternakan bagi memenuhi syarat perjanjian. Tetapi apabila kerajaan gagal memenuhi keperluan mereka untuk membina jalan ke tapak projek tersebut dan pusat penyembelihan berkualiti eksport untuk menyembelih lembu-lembu ini, ia menyebabkan rancangan asal NFC Corp untuk menternak 8,000 ekor lembu ini tertangguh. Laporan Ketua Audit Negara sebenarnya sangat menekankan soal perkembangan pembangunan infrastruktur rumah penyembelihan dan jalan oleh Kementerian Pertanian dan bukan terhadap syarikat NFC.

SOALAN 19: Jadi ada kelewatan yang berlaku disebabkan oleh kerajaan. Bagaimanakah perkara ini mempengaruhi NFC?
JAWAPAN: NFCorp Sdn Bhd masih perlu membayar faedah tahunan ke atas pinjaman. Jadi, dengan lebihan wang yang ada, mereka telah melabur dalam beberapa hartanah – pulangan yang diterima melalui tanah dan kondominium digunakan untuk membayar faedah pinjaman. Melabur dalam hartanah di bawah nama syarikat (bukan nama persendirian) dibenarkan dalam perjanjian pinjaman.

SOALAN 20: Jadi, apa yang berlaku kepada kondominium dan tanah ini?
JAWAPAN: Seperti mana-mana pelaburan hartanah pada tahun 2010-2011, kesemuanya meningkat nilai dengan ketara. Ia kesemua di atas nama syarikat – bukan individu.

BAFIA: Rafizi Ramli Dipenjara 30 Bulan

SOALAN 21: Kembali ke Rafizi. Apakah kesan dari sidang akhbar yang dilakukan pada Mac 2012?
JAWAPAN: Selain daripada dipenjarakan selama 30 bulan dan perlu membayar ganti rugi RM300,000 kepada pihak yang difitnah, sidang akhbar Rafizi juga telah melumpuhkan operasi syarikat, syarikat tidak dapat membayar pinjaman kerana aset dan akaun dibekukan, negara juga terpaksa berbelanja RM2 bilion mengimport bekalan daging dari luar negara sedangkan RM2 bilion ini seharusnya boleh membantu industri penternakan lembu di negara kita.

SOALAN 22: Adakah terdapat sebarang tindakan yang diambil terhadap NFC?
JAWAPAN: Ya, selain daripada disiasat dan dibebaskan oleh SPRM dan polis, pengerusi mereka Dr Mohamad Salleh telah didakwa kerana tidak mendapat kelulusan sepatutnya dari lembaga pengarah sendiri untuk membeli hartanah di bawah nama syarikat itu. Beliau telah dibebaskan melalui proses undang-undang yang panjang. Mahkamah mendapati beliau TIDAK BERSALAH seperti mana TUDUHAN Rafizi.

SOALAN 23: Jadi, undang-undang kita menghukum orang yang mendedahkan rasuah dan membebaskan pengamal korupsi?
JAWAPAN:  RAFIZI TIDAK DIHUKUM KERANA MENDEDAHKAN PENYELEWENGAN. SEBALIKNYA RAFIZI DIDAPATI BERSALAH KERANA MEMFITNAH DAN MELANGGAR UNDANG-UNDANG. PERTAMA, Rafizi didapati bersalah kerana berbohong dan memfitnah NFC. KEDUA, Rafizi didapati bersalah kerana melanggar undang-undang apabila mendedahkan dokumen perbankan syarikat yang dilindungi Akta Perkhidmatan Kewangan.

SOALAN 24: Adakah Rafizi menerima manfaat daripada cubaan untuk menjadi wira dan berpura-pura sebagai pemberi maklumat?
JAWAPAN: Ya. Secara tidak langsung Rafizi yang sebelum ini tidak dikenali, terus menjadi terkenal. Beliau kemudiannya telah dipilih sebagai calon kerusi Parlimen Pandan yang telah dimenanginya pada PRU13. Melalui kemenangan itu beliau telah memperoleh gaji bebas cukai sebanyak RM30 ribu sebulan. Kemasyhuran ini juga membolehkan beliau mendapat jutaan derma di bawah pertubuhannya sendiri.

SOALAN 25: Bermakna beliau menerima banyak manfaat daripada ini?
JAWAPAN: Ya, lebih banyak daripada anda dan saya yang hanya boleh berteriak “lembu dalam kondo” di Facebook. Malah ini kemudian terbukti menjadi slogan palsu dan fitnah.

Kenapa Rafizi Tidak Layak Dikasihankan Dihukum Penjara 30 Bulan Kerana Isu NFC