Strategi Azmin Label PAN Parti 1%

Strategi Azmin Label PAN Parti 1%

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mempunyai strategi jahat apabila melabel Parti Amanah Negara sebagai sebuah parti yang bernilai ‘satu peratus’.

Pemikir PAN, Abdul Rahman Abdul Talib berkata strateginya untuk memastikan PKR membolot majoriti kerusi DUN di Selangor dan hanya beberapa kerusi kepada parti serpihan PAS itu.

Ia merujuk kepada kajian yang dilakukan IDE (Institut Darul Ehsan), badan pemikir yang mendapat tajaan daripada Kerajaan Negeri Selangor pimpinan Azmin.

IDE dalam kajiannya di Selangor pada 5 hingga 7 Januari 2018 merumuskan PKR paling dominan di negeri itu dengan mendapat 33 %, diikuti dengan DAP 14 %, PAS 12 % dan Amanah serta PPBM masing-masing mendapat 1 %.

“PKR pula dapat 34% sedangkan selama ini PKR bergantung kepada undi-undi dari PAS dan DAP.

“Dalam keadaan orang kenal Dr Mahathir, Mat Sabu, Salahuddin Ayub dan sebagainya, sokongan masing-masing parti cuma 1%,” kata Abdul Rahman yang mempertikaikan kesahihan kajian badan pemikir Azmin tersebut.

Abdul Rahman yang juga dikenali sebagai Tulang Besi Malaysiawaves berkata kajian itu tidak masuk akal apabila memalsukan data dengan mendakwa PKR lebih dominan daripada DAP di Selangor.

PAN Mula Kempen Pakatan Harapan Tanpa Azmin!

“Dalam keadaan Selangor 50% pengundi bukan Melayu, DAP cuma mampu mendapat sokongan 14%,” soalnya.

Turut didedahkan Tulang Besi Malaysiawaves, Azmin telah menggunakan IDE memalsukan data-data kajian sejak dari tahun 2015 bertujuan untuk memujuk semula PAS menyertai Pakatan Harapan.

“Semua bermula sejak 2015 mereka bekerjasama memalsukan data-data mereka demi hubungan dengan PAS.

“Tapi akhirnya PAS langsung pun tak pandang pada pujuk rayu dan sembahan puak-puak Azmin ni,” katanya lagi.

Sumber: AIDC