mahathir Taikun Cina Suntik Dana Kepada PPBM Untuk Jayakan Misi Tawan Perak

Taikun Cina Suntik Dana Kepada PPBM Untuk Jayakan Misi Tawan Perak

Taikun Cina Koon Yew Yin telah menyuntik dana sebanyak RM200,000 kepada PPBM Perak dalam menjayakan misi menawan negeri itu pada PRU14.

“Baju putih itu ialah seorang Cina yang telah menyumbang RM200 ribu kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia Negeri Perak dalam majlis amal malam tadi.

“Kata beliau,parti ini mesti sama-sama kita sokong untuk menumbangkan BN di Perak!” kata aktivis PPBM Perak, Herman Haassan dalam Facebook.

Sebelum ini, taikun Koon Yew Yin itu pernah menaja dana terhadap PAN untuk merampas Perak daripada BN dan pernah membiayai DAP untuk menawan Putrajaya pada PRU14.

Selanjutnya, sila baca “Taikun Cina Taja Dana Amanah Perak” dan “Taikun Koon Derma RM50,000 Kepada Mat Sabu” serta “Taikun Cina Suntik Dana RM 50 Juta Untuk Pastikan DAP Tawan Putrajaya PRU14″

Dalam laman peribadinya, koonyewyin.com, Taikun Koon Yew Yin mengaku memberi sumbangan sebanyak RM200,000 kepada Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan matlamat untuk menawan Perak.

“Saya datang ke sini malam ini untuk membantu Dr Mahathir memenangi Perak pada pilihan raya umum akan datang.

“Di bawah Kerajaan BN, Perak adalah negeri kedua termiskin selepas Kelantan seperti yang termaktub dalam Rancangan Malaysia ke-11,” katanya.

Kajian IDEAS: Pengundi Melayu-Islam Johor Percaya Pakatan Harapan Adalah Pakatan DAP

Dalam agihan kerusi Pakatan Harapan (PH) Perak sebagaimana yang didedahkan Dr Kamarul Zaman Yusoff, Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN), Universiti Utara Malaysia (UUM), DAP telah mendominasi pembahagian kerusi DUN Perak; DAP (18), PPBM(14), PKR (14) dan PAN (13).

“Berdasarkan hasil pemilihan 2 pilihan raya umum lalu, saya yakin Pakatan Harapan dapat memenangi 28 kerusi (di Perak). Oleh kerana parti Dr Mahathir PPBM diberi 13 kerusi untuk bertanding dalam PRU akan datang, saya yakin mereka (PPBM) boleh memenangi sekurang-kurangnya 2 kerusi untuk mengawal Perak.

“Berdasarkan rekod PRU lepas, Pakatan Harapan berjaya memenangi Kedah, Pulau Pinang dan Selangor. Saya cadangkan Dr Mahathir bertanding di salah satu daripada 13 kerusi yang diperuntukkan kepada PPBM bagi memastikan kemenangan Perak.

“Saya ingin menyumbangkan RM200,000 yang akan digunakan di Perak untuk memastikan kemenangan Perak,” kata taikun Cina itu lagi.

Sumber: AIDC