Tanding Di Permatang Pauh Bukti Hadi Sangat Benci Anwar - Saifuddin Nasution

Tanding Di Permatang Pauh Bukti Hadi Sangat Benci Anwar – Saifuddin Nasution

Pengumuman Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa parti itu bakal bertanding di parlimen Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), merupakan kemuncak kebencian PAS terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dan PKR secara keseluruhannya.

Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution berkata demikian mengulas berkenaan keputusan PAS untuk meletakkan calon di kerusi kubu kuat parti reformasi itu pada PRU14 akan datang.

PKR Pulau Pinang Kurang Senang Saifuddin Nasution Dicalon YDP MAIPP

“Dari segi politik itu adalah petanda jelas kemuncak kebencian Haji Hadi terhadap Anwar Ibrahim dan parti Keadilan (PKR). Sehingga beliau sendiri turun (ke Permatang pauh) untuk mengumumkan PAS bertanding,” katanya kepada Antarapos hari ini.

Tegasnya, meskipun parti pimpinan Hadi itu menyatakan keyakinan untuk menawan kembali kerusi yang pernah dimilikinya pada Pilihan Raya Umum 1978 itu, namun menurut Saifuddin, beliau yakin Permatang Pauh akan kekal menjadi milik PKR.

Semalam, Hadi membuat kejutan dengan mengumumkan PAS bakal bertanding di kerusi Permatang Pauh dan tiga DUN di dalam parlimen itu iaitu Seberang Jaya, Permatang Pasir dan Penanti.

Perkara itu diumumkan selepas program Amanat PRU14 “PAS Tawan Permatang Pauh” di Bukit Mertajam, Permatang Pauh malam tadi.

anwar wan azizah Malaysia Bakal Cipta Rekod Dunia Baru: Suami PM, Isteri TPM

Untuk rekod, PAS bertanding di kerusi parlimen Permatang Pauh sejak 1969 sebelum menyerahkan kerusi itu kepada PKR pada pilihan raya tahun 1999.

Anwar pula bertanding parlimen itu sejak 1982 atas tiket UMNO.

Pada PRU 1999, Anwar tidak bertanding, dan diwakili isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang memenangi kerusi parlimen tersebut sehingga PRU 2008, sebelum mengosongkannya pada 2009 untuk memberi peluang kepada suaminya kembali menjadi ahli parlimen kawasan itu.

Kerusi Permatang Pauh kini disandang oleh Wan Azizah, yang memenanginya menerusi Pilihan Raya Kecil (PRK) yang diadakan pada Mei 2015 berikutan Anwar hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen.

wan azizah Sebelum Ini PKR Sombong & Berlagak Seolah Merekalah Parti Terkuat Di Dunia - PAS

Saifuddin dalam pada itu juga membangkitkan ‘sejarah’ di mana ujar beliau, PAS sememangnya sudah lama ‘menyerang’ PKR sejak PRK Permatang Pauh dua tahun lalu, meskipun ketika itu mereka berada di bawah gabungan Pakatan Rakyat (PR).

“Perlu diingat bahawa pada PRK yang lepas, yang ditandingi oleh Wan Azizah, PAS Pulau Pinang dan PAS Permatang Pauh telah boikot sepenuhnya. Sebenarnya PAS tidak membantu Keadilan dah lama dah. Yang paling akhir ialah waktu PRK.

“Selepas Anwar masuk penjara, Wan Azizah bertanding PRK waktu itu PAS sudah pun memboikot. Haji Hadi tidak turun, PAS Permatang Pauh juga tidak turun, Bukan sahaja tidak turun malah menyerang. Tapi hakikatnya Permatang Pauh kekal sebagai kubu kuat PKR,” tambahnya.