Tidak Makan Quinoa Maka Tidak Hidup Mewah?

Tidak Makan Quinoa Maka Tidak Hidup Mewah?

Isu Datuk Seri Najib Razak yang mengamalkan pemakanan sihat seperti pengambilan quinoa (sebut ‘keen-wa’) rupanya menjadi satu isu nasional sehinggakan pemimpin DAP membuat sidang media membidas ‘amalan sihat’ Perdana Menteri ini.

Ini sesuatu yang amat janggal bagi saya.

Apa yang DAP cuba lakukan adalah menimbulkan persepsi jahat terhadap Perdana Menteri dengan membandingkan 10kg quinoa yang berharga RM591.60 dengan 10kg beras jenama Jasmine Super Special yang bernilai RM25.85.

Jika kekayaan seseorang Perdana Menteri diukur dengan hanya menggunakan isu quinoa ini maka bagaimana pula dengan kemewahan-kemewahan pemimpin DAP dan Pakatan Harapan (PH) umumnya? Apakah hanya kerana mereka tidak mengamalkan quinoa ini maka mereka tidak hidup mewah dan sebaliknya merempat di kaki lima?

Melayu Pukimak: Rakaman Asal Bukti Nga Kor Ming Berbohong

Rumah mewah salah seorang pemimpin DAP Perak dikatakan lebih daripada 5,000 kaki persegi. Sedangkan rata-rata rakyat Pulau Pinang tidak mampu untuk memiliki rumah kerana polisi pro pemaju DAP.


Baca juga: Polisi Lim Guan Eng Untungkan Pemaju Hartanah & Golongan Kaya, Pinggirkan Golongan Miskin
Baca juga: Jika Kenal Suspek Bermakna Korup, Maka Lim Guan Eng & Isteri Juga Korup

lim guan eng Penaung PERMATA Diserang, Skandal Betty Chew Yang Terdedah Semula

'Ah Long, Nenek, Ibu Mertua' Bantu Adam Rosly Beli Banglo

Tidak perlulah saya nak menyebut tentang banglo mewah Lim Guan Eng yang tidak ada kolam berenang mahupun rumah mewah ala Disneyland milik Adam Rosly.


Baca juga: UMNO-BN Paksa Lim Guan Eng Beli Banglo Lebih Rendah dari Nilai Pasaran?
Baca juga: ‘Ah Long, Nenek, Ibu Mertua’ Bantu Adam Rosly Beli Banglo

Malah jika mengambil kira analogi DAP ini maka bukankah mereka juga memiliki calon Perdana Menteri yang tinggal di rumah mewah, anaknya yang billionaire serta memiliki kereta-kereta import yang TIDAK MAMPU DIMILIKI OLEH RAKYAT MALAYSIA?

Ini Bukti Mahathir Perdana Menteri Paling Miskin

EXCO Armada PPBM Lapor SPRM Kekayaan Luar Biasa Anak-Anak Mahathir


Baca juga: Dulu Rafizi Yang Dedah Kekayaan Anak Mahathir, Sekarang Rafizi Panas Hati Pula?
Baca juga: Bagaimana Anak Exco DAP Pulau Pinang Boleh Kaya Sekelip Mata

Janggalnya apabila pemimpin DAP dan sekutu-sekutu mereka boleh hidup mewah tetapi menjadi suatu kesalahan apabila Perdana Menteri mengamalkan pemakanan yang sihat.

Hipokrit sungguh!

Oleh Edwin Michael,
Pensyarah kewartawanan dan Sains Politik di Universiti Tunku Abdul Rahman.