Warga Shah Alam Sudah Muak Dengan Khalid Samad & Pakatan Harapan

Warga Shah Alam Sudah Muak Dengan Khalid Samad & Pakatan Harapan

Pakatan Harapan dilihat sering memindahkan pemimpin utama mereka di pelbagai kerusi dan tidak menetapkan seseorang wakil rakyat itu dalam tempoh yang lama di sesuatu tempat. Tindakan ini sebenarnya dilihat tidak wajar kerana menyebabkan seseorang wakil rakyat itu tidak dapat menjalankan khidmat secara sepenuhnya kepada pengundi setelah dipilih. Malah dalam keadaan yang lebih runcing, segala percaturan ini dibuat demi matlamat kemenangan parti dan bukan untuk menjaga kebajikan dan hak rakyat.

Salah sebuah kerusi yang dilihat sering menjadi medan kepada alat percaturan politik pembangkang ialah Shah Alam yang kini diwakili oleh Khalid Abdul Samad dari parti AMANAH. Khalid Samad sebelum ini menang di Shah Alam melalui tiket PAS, tetapi berpaling tadah dan membentuk AMANAH. Malah Khalid Samad bertegas akan mempertahankan kerusi berkenaan.

Khalid Samad Bakal Tewas, Dapat Skor 31.0% Pengundi Shah Alam


Baca juga: Khalid Samad Dicabar Senaraikan Sumbangan Kepada Shah Alam
Baca juga: Gara-Gara ‘Ikan Kembung Mahal’, Menteri Sekolahkan Khalid Samad Di Dewan Rakyat

Namun daripada tinjauan yang dibuat, khidmat Khalid Samad di kawasan berkenaan tidak begitu disenangi rakyat. Ramai yang berpandangan beliau tidak menggalas tanggungjawab secara penuh di samping diperhatikan sebagai pemimpin yang kerap berpolitik daripada mencurah bakti membantu rakyat.

Warga Shah Alam secara keseluruhannya jelas melihat Khalid Samad tidak membawakan suara rakyat dan dikatakan sering tidak turun padang memahami apa yang dilalui rakyat. Suara Khalid kelihatan begitu kuat di Dewan Rakyat untuk menunjukkan yang beliau memang melaksanakan kerja, namun di kawasannya sendiri, begitu banyak rungutan yang kita dengar.

Khalid Samad Dicabar Senaraikan Sumbangan Kepada Shah Alam


Baca juga: Khalid Samad Bakal Tewas, Dapat Skor 31.0% Pengundi Shah Alam
Baca juga: Ya Ke? Mana Ada Masalah Air Di Shah Alam – Khalid Samad

Antara isu yang melihatkan kelemahan Khalid Samad ialah kegagalan beliau untuk bersuara berkenaan isu penggunaan Stadium Shah Alam bagi pasukan bola sepak Selangor. Sehingga kini, Khalid Samad jelas tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan sehingga menimbulkan tanda tanya dalam kalangan warga Shah Alam yang mengharapkan sesuatu daripada beliau.

Justeru berdasarkan kepada sentimen semasa, undi rakyat di Shah Alam kemungkinan besar akan kembali ke BN dan ini semua berasaskan kepada kepercayaan rakyat yang semakin meningkat terhadap pentadbiran Kerajaan pimpinan PM Najib. Rakyat di Selangor dan Shah Alam khususnya melihat bagaimana program-program yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri pimpinan PKR hanya berbentuk populis dan tidak menyeluruh. Ini sebenarnya sesuatu yang amat dikesalkan kerana untuk membantu rakyat sesuatu program itu perlu bersifat holistik.

MBI Selangor Bayar RM16 Juta Kepada Syarikat Yang Sudah Ditamatkan Kontrak

Jelas Kerajaan Pakatan di Selangor tidak cukup kuat untuk menandingi kearifan pentadbiran Kerajaan Pusat kini yang begitu tekun dalam merancang program-program bantuan menyeluruh yang dapat menyentuh denyut nadi rakyat yang memerlukan. Setiap program itu bukan hanya harus populis, tapi harus berkesan dalam membantu rakyat menempuh kehidupan setiap hari. Kawasan Parlimen bukanlah medan untuk meningkatkan populariti diri, tetapi sebagai ruang terpenting untuk membantu rakyat.

Oleh