Adakah GST Hanya Baik Kalau Muhyiddin Masih Kekal TPM?

Adakah GST Hanya Baik Kalau Muhyiddin Masih Kekal TPM?

Pegawai Tugas-Tugas Khas Perdana Menteri, Datuk Rizal Mansor menyifatkan presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tan Sri Muhyiddin Yassin  sebagai seorang yang hipokrit dan lidah bercabang kerana menolak Cukai Barangan dan Pekhidmatan (GST) selepas hilang jawatan timbalan perdana menteri.

Rizal juga menyifatkan Muhyiddin sebagai seorang pemimpin yang tidak boleh dipercayai dan hanya menangguk di air keruh demi kepentingan politik peribadi.

Muhyiddin Akui Kejayaan Kerajaan BN Kemudi Negara

“Dulu, semasa jadi TPM, Tan Sri Muhyiddin Yassin kata GST lebih baik dari SST, banyak negara lagi miskin dari Malaysia pun pakai GST sebab ia sistem percukaian yang lebih efisyen. Hari ini, orang yang sama cuma pangkat dah hilang entah ke mana bersungguh-sungguh nak cuba hapuskan GST atas alasan kononnya bebankan rakyat, sistem tak elok.

“Soalan saya: Apakah GST itu hanya baik, elok kalau Muhyiddin masih kekal TPM dan berubah jadi tak elok hanya kerana beliau dipecat dari UMNO?” soal Rizal.

GST: Kenapa Muhyiddin Tiada Pegangan?

Dalam satu kenyataan, Rizal menasihatkan agar rakyat Malaysia membuka mata terhadap apa yang dilakukan oleh Pakatan Harapan (PH) menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Katanya, Pakatan Harapan tidak berhasrat membela rakyat jika memenangi PRU14 sebaliknya hanya mahukan kuasa dan kekayaan.

“Sedarlah, mereka bukan tuduh kerajaan rasuah sebab pembangkang benci rasuah tetapi mereka mahu jadi kerajaan kerana mereka juga mahu merasuah seperti yang kita nampak di Pulau Pinang dan Selangor.

Sekat Peruntukan: Azmin Tiru Polisi Lim Guan Eng?

“Lagipun, boss Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad pun dah kata, manifesto pembangkang bukan janji yang mesti ditunaikan, jadi mereka buat manifesto menjanjikan ‘bulan dan bintang’ dan selepas itu kata tak boleh buat itu dan ini,” katanya lagi.

Baru-baru ini ketika melancarkan manifesto mereka yang dinamakan “Buku Harapan”, PH berjanji akan menghapuskan GST dalam tempoh 100 hari pertama selepas memenangi PRU14.

Menerusi Buku Harapan setebal 201 muka surat itu, PH juga menawarkan 60 janji lain termasuk 10 tawaran yang akan dilaksanakan dalam tempoh 100 hari pertama mentadbir negara.