Adakah Mahathir Sedang Cuba Mengubah Sejarah?

Adakah Mahathir Sedang Cuba Mengubah Sejarah?

Pada Julai 2017, Tun Dr Mahathir Mohamad mempertahankan keputusannya pada Ogos 1998 untuk memecat Anwar Ibrahim dan berkata beliau tidak menyesal berbuat sedemikian. Hari ini, 9 bulan kemudian, Mahathir berkata ia adalah salah baginya untuk memecat Anwar 20 tahun yang lalu.

Apa yang Mahathir cuba lakukan? Adakah beliau cuba untuk menukar sejarah? Jika itulah yang cuba dilakukannya, ia tidak akan berhasil kerana apa sahaja yang berlaku 20 tahun yang lepas sudah ada dalam rekod dan tidak boleh diubah dengan apa sekali pun cerita baru Mahathir.

mahathir Reformasi Anwar Ibrahim Kini Jadi 'Reformati'

Sehingga baru-baru ini, Mahathir menegaskan bahawa Anwar adalah seorang yang tidak bermoral dan tidak sesuai untuk menjadi perdana menteri. Sejak September 1998, Mahathir mendedahkan apa yang telah Anwar lakukan dan malah mengatakan bahawa polis sudah tahu mengenainya lama dahulu.

Adakah Mahathir melakukan pusingan-U kerana beliau tidak dapat menjelaskan kenapa Anwar tidak sesuai untuk menjadi PM dari tahun 1998 sehingga 2017, dan tiba-tiba pada tahun 2018, beliau kini sesuai untuk menjadi PM?

lim kit siang Selepas Berdolak Dalik, Mahathir Akui Anwar Hanya Jadi PM Ke-8, Bukan Ke-7

Mungkin Mahathir merasakan seperti orang bodoh kerana beliau kini menyokong seseorang yang beliau katakan tidak sesuai untuk menjadi PM sebagai PM yang seterusnya. Bagaimana Mahathir boleh menyokong Anwar sebagai PM yang seterusnya jika Anwar adalah seorang yang tidak bermoral?

Apa Pendirian Mahathir Sekarang Tentang Perbuatan Liwat Anwar?

Mahathir bukannya mencuba untuk membersihkan nama Anwar. Mahathir sedang mencuba untuk membersihkan namanya sendiri. Beliau tahu beliau kelihatan seperti orang bodoh kerana selama 20 tahun beliau telah mengutuk Anwar, beliau kini menyokong Anwar sebagai PM yang seterusnya. Mahathir yang akan nampak seperti tidak bermoral, bukannya Anwar.

Oleh Raja Sara Petra