gnanaraja Apa Lim Guan Eng Buat Di Rumah Suspek Terima Rasuah Syarikat Terowong?

Apa Lim Guan Eng Buat Di Rumah Suspek Terima Rasuah Syarikat Terowong?

Ketika Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membeku empat akaun berjumlah RM3.6 juta serta menyita beberapa buah kenderaan mewah milik “conman” Dato’ Sri Gnanaraja Gnanasundram pemilik Yayasan Usaha Ventures Malaysia (Malaysia Ventures Entrepreneur Foundation), Lim Guan Eng bertegas tidak tahu tentang bayaran RM19 juta yang dibuat Konsortium Zenith kepada Gnanaraja itu.

“Kami terkejut baca tentang RM22 juta dibayar kepada dua orang – RM19 juta kepada seorang ahli perniagaan dan RM3 juta kepada Azeez (kini yang sebenarnya Jabarullah Kadersah).

“Kami tak tahu tentang ini. Kami meminta Zenith untuk jelaskan. Kami akan tunggu penjelasannya,” kata Lim Guan Eng merujuk kepada Consortium Zenith Constructions Sdn Bhd .

Selepas Gnanaraja, Jabarullah Kadersah Menambahkan Kerisauan Lim Guan Eng

Bagaimanapun sejak semalam tular gambar mesra Ketua Menteri Lim Guan Eng berkunjung ke rumah jutawan penipu Dato’ Sri Gnanaraja itu.

Hari ini Timbalan Pengarah Komunikasi Strategik BN Eric See-To menggesa Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengesahkan gambar tular yang mendakwa memaparkan beliau berdiri di sebelah ahli perniagaan yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung projek terowong dasar laut Pulau Pinang.

Apa Hubungan Lim Guan Eng Dengan Gnanaraja 'RM19 Juta'?

“Sekiranya gambar itu benar, Lim Guan Eng bertanggungjawab mengesahkan sama ada beliau mengenali (ahli perniagaan itu), kenapa beliau datang ke rumahnya, bila gambar itu diambil dan apa hubungan mereka,” kata Eric See-To dalam kenyataan di Facebooknya.

Sementara itu turut mempersoalkan ialah Datuk Huan Cheng Guan Timbalan Parti Cinta Malaysia (PCM) berhubung gambar itu dan apa tujuan Lim Guan Eng ke rumah Gnanaraja.

Sumber mendedahkan gambar yang tular di laman sosial diambil di rumah ahli perniagaan berkenaan pada sekitar masa beliau didakwa menerima RM19 juta.

Setakat semalam Lim Guan Eng hanya berdiam diri dan dikatakan pening berhadapan dengan gambar baru ini mengenai hubungannya dengan Gnanaraja.

Bukti Lim Guan Eng Arah Konsortium Zenith Bayar RM19 Juta Kepada Gnanaraja Terdedah?

Sumber memaklumkan yang membocorkan maklumat pemberian rasuah, gambar serta maklumat saman ialah Datuk Zarul Pengarah Urusan Zenith. Beliau dikatakan memberikan kerjasama penuh kepada SPRM.

Tanda-tanda SPRM akan memanggil Lim Guan Eng dalam tempoh terdekat semakin jelas. Lim Guan Eng pasti tidak senang tidur berhubung kes Terowong Dasar Laut yang sedang disiasat SPRM.

Sumber: Sabahkini2