Azmin Kata Jangan Salahkan Kerajaan Selangor Kerana SPLASH Bawah Kerajaan Persekutuan?

Azmin Kata Jangan Salahkan Kerajaan Selangor Kerana SPLASH Bawah Kerajaan Persekutuan?

Menteri Besar Selangor, Azmin Ali dan EXCO Hannah Yeoh banyak belajar dari rakan politik mereka dari DAP, Joseph Lim Guan Eng mengenai ‘Tai Chi’.

‘Tai Chi’ adalah satu ajaran seni mempertahankan diri yang disalahgunakan dalam politik apabila meletakkan kesalahan sendiri kepada pihak lain.

Membuat dakwaan syarikat SPLASH di bawah Kerajaan Persekutuan oleh Azmin Ali dan Hannah Yeoh adalah satu dakwaan yang tidak berasas dan tidak bertanggungjawab.

Pemegang saham Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (SPLASH) ialah Gamuda Bhd (40%), Kumpulan Perangsang Selangor (30%) dan Wan Azmi Wan Hamzah (30%).

Jika ada sebarang masalah dengan SPLASH sekalipun ia tidak ada kena mengena dengan Kerajaan Pusat seperti dakwaan Hannah Yeoh dan juga Azmin Ali.

Sebaliknya jelas Selangor ada 30% saham dalam SPLASH. 30% ini satu jumlah yang cukup besar untuk masuk campur dalam pengurusan syarikat. Kecualilah Kumpulan Perangsang Selangor sudah dijual oleb PKR.

Manakala Wan Azmi yang memiliki 30% saham dikatakan ‘close associate’ kepada Tun Daim Zainuddin dan Anwar Ibrahim sejak tahun 80an. Wan Azmi juga adalah bapa saudara kepada YB Nik Nazmi Nik Ahmad, ADUN Seri Setia dari PKR.

Rakyat Berhak Tahu Kenapa Kerajaan Selangor Mahu Bayar RM2.7 Bilion Kepada SPLASH

Gamuda pula masih dikuasai oleh Lin Yun Ling. Walaupun KWSP mempunyai saham 10%, namun Yun Ling yang hanya mempunyai 3% saham Gamuda masih menguasai syarikat ini.

Lebih 53% saham syarikat Gamuda dimiliki oleh pemegang-pemegang amanah. Mereka ini memberi kepercayaan kepada Yun Ling menguasai syarikat.

Malah tidak mustahil sebahagian besar saham Gamuda masih pegangan Yun Ling melalui pihak ketiga.

Jadi ‘celah mana’ Hannah Yeoh dan Azmin Ali hendak menyalahkan Kerajaan Persekutuan dalam hal isu ketiadaan air oleh SPLASH?

Sumber: Cucu Tok Selampit