Bayar RM22 Juta Untuk Hentikan Siasatan, Lim Guan Eng Tanya Di Mana Korupnya?

Bayar RM22 Juta Untuk Hentikan Siasatan, Lim Guan Eng Tanya Di Mana Korupnya?

Semalam, Lim Guan Eng terus memperlekehkan tuduhan rasuah dalam projek Terowong Pulau Pinang dan bertanya di manakah rasuahnya.

Adakah itu sebab yang sama mengapa syarikat Terowong Pulau Pinang membayar dua orang RM22 juta dalam cubaan gagal untuk menghentikan siasatan SPRM ke dalam projek itu kerana tidak ada sebarang rasuah?

Lim Guan Eng masih dalam penafian.

Selepas Gnanaraja, Jabarullah Kadersah Menambahkan Kerisauan Lim Guan Eng

Beliau juga meminta Menteri Persekutuan Wee Ka Siong untuk menutup mulut jika Wee Ka Siong tidak boleh menamakan siapa orang yang korup dalam skandal Terowong Pulau Pinang itu.

Menamakan siapa yang korup bukan kerja Wee Ka Siong. Ia adalah tugas SPRM.

Bagaimanapun, Wee Ka Siong boleh meletakkan tanggungjawab ke atas Kerajaan DAP Pulau Pinang kerana salah urusnya, perjanjian berat sebelahnya dan penipuan DAP ke atas projek Terowong Pulau Pinang.

Walaupun Wee Ka Siong tidak dapat menamakan siapa yang korup dalam projek Terowong Pulau Pinang itu kerana itu adalah tugas SPRM, Wee Ka Siong boleh menamakan siapa yang telah didakwa dengan dua tuduhan rasuah terhadap kes yang serupa dengan kes yang mana telah menyebabkan bekas MB Selangor dipenjarakan.

Lim Guan Eng Cabar Akta SPRM Untuk Lengahkan Perbicaraan Kes Rasuah

Ironi bahawa Ketua Menteri yang mendakwa bahawa beliau juara dalam ketelusan tapi memberikan segala macam alasan yang tidak masuk akal untuk mengelak daripada perdebatan awam dan meminta Menteri Persekutuan supaya diam mengenai projek mega terbesar di Pulau Pinang yang telah gagal untuk bermula lebih dari 5 tahun dan di mana syarikat itu mengakui membayar RM22 juta dalam usaha untuk menghentikan penyiasatan rasuah.

Apa Hubungan Lim Guan Eng Dengan Gnanaraja 'RM19 Juta'?

Dan juga di mana Ketua Menteri dikatakan bergambar berkaki ayam bersama di rumah suspek yang mana didakwa semasa suspek itu dibayar RM19 juta daripada RM22 juta ini.

Oleh Eric See-To