BN Juga Ada Buat Bantahan Kajian Semula Persempadanan, Bukan Pembangkang Saja

BN Juga Ada Buat Bantahan Kajian Semula Persempadanan, Bukan Pembangkang Saja

Parti komponen Barisan Nasional (BN) juga membuat bantahan terhadap kajian semula persempadanan kawasan pilihan raya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan bukan hanya pembangkang yang berbuat demikian, kata Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau berkata di Negeri Sembilan, komponen BN iaitu UMNO, MCA dan Gerakan telah membuat bantahan membabitkan kawasan Jeram Padang, Jelai, Gemas, Gemencheh dan Teluk Kemang.

“Di Negeri Sembilan, bantahan oleh UMNO, MCA, Gerakan serta DAP dan PKR, semua mendapat perhatian SPR dan diberikan pertimbangan. Ada bantahan-bantahan tersebut yang dipersetujui dan diperbetulkan semula,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat EXCO kerajaan negeri di sini, hari ini.


Baca juga: Kenapa Kita Perlu Buat Persempadanan Semula?
Baca juga: Persempadanan Semula: Lalui Proses Undang-Undang, Pendengaran, Semakan & Sebagainya

Oleh itu, beliau menegaskan dakwaan bahawa kajian semula persempadanan kawasan pilihan raya akan mendatangkan kebaikan kepada pihak kerajaan sahaja adalah tidak berasas.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini membentangkan usul Laporan Kajian Semula Syor Persempadanan Kawasan Pilihan Raya Tanah Melayu 2018 di Dewan Rakyat.

Sebelum ini, beberapa anggota Parlimen telah menggesa supaya menunda perbahasan laporan itu sehingga semua notis bantahan berhubung perkara itu di mahkamah telah diselesaikan.