Bukti Lim Guan Eng Arah Konsortium Zenith Bayar RM19 Juta Kepada Gnanaraja Terdedah?

Bukti Lim Guan Eng Arah Konsortium Zenith Bayar RM19 Juta Kepada Gnanaraja Terdedah?

Habislah. Hubungan Lim Guan Eng dengan Dato Sri Gnanaraja terdedah.

Lim Guan Eng yang sebelum ini mendakwa tidak tahu menahu tentang wang RM19 juta yang dibayar Konsortium Zenith Construction Sdn Bhd kepada Gnanaraja sebagai ganjaran supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menutup siasatan berhubung projek terowong dasar laut dan lebuh raya Pulau Pinang akhirnya mendapat malu apabila gambarnya bersama Gnanaraja itu tular dalam media sosial.

Gambar itu dikatakan pertemuan Lim Guan Eng dengan Gnanaraja selepas menerima wang RM19 juta daripada Zenith.

Ini bermakna Lim Guan Eng lah yang mengarahkan Zarul Zenith membayar kepada Gnanaraja dan Jabarullah yang dikatakan mempunyai akses menutup kes terowong.

Awal Mac lalu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membeku empat akaun berjumlah RM3.6 juta serta menyita beberapa buah kenderaan mewah milik “conman” Dato’ Sri Gnanaraja Gnanasundram pemilik Yayasan Usaha Ventures Malaysia (Malaysia Ventures Entrepreneur Foundation).

SPRM mengambil tindakan susulan selepas penahanan ahli perniagaan itu menerima rasuah wang berjumlah RM19 juta bagi menutup kes siasatan projek mega terowong dasar laut di Pulau Pinang.

Selain  membekukan empat akaun bank milik syarikat individu tersebut, SPRM turut menyita empat buah kenderaan mewah iaitu Toyota Vellfire, Mercedes Benz, Land Rover dan Hyundai Starex yang dianggarkan bernilai kira-kira  RM1.3 juta serta tiga buah televisyen bernilai RM167,900.

Sumber: Sabahkini2