gnanaraja Foto Suspek Terima Rasuah RM19 Juta Bersama Lim Guan Eng Tersebar

Foto Suspek Terima Rasuah RM19 Juta Bersama Lim Guan Eng Tersebar

Baru-baru ini seorang ahli perniagaan dengan gelaran Dato Sri ditahan reman oleh SPRM kerana menerima bayaran RM19 juta pada bulan Julai 2017 dari syarikat SPV terowong (Konsortium Zenith) dalam apa yang dilaporkan sebagai pembayaran untuk menghentikan siasatan SPRM ke dalam projek Terowong Dasar Laut Pulau Pinang.

RM3 juta juga lagi dibayar kepada orang lain untuk tujuan yang sama – menjadikan jumlah bayaran sebanyak RM22 juta dalam usaha yang gagal untuk menghentikan siasatan.

zarul Konsortium Zenith Sahkan Bayar Rasuah RM19 Juta Kepada Jutawan Penipu Gnanaraja

Ramai yang telah mempersoalkan berapakah jumlah rasuah sebenar dalam projek Terowong Dasar Laut Pulau Pinang jika RM22 juta saja dibayar dalam cubaan untuk menghentikan penyiasatan SPRM.

Malam semalam, gambar seorang individu yang menyerupai Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng bersama Dato Sri yang menerima RM19 juta itu telah menjadi viral di media sosial bersama dengan kapsyen bahawa gambar itu diambil di rumah Dato Sri pada sekitar masa ketika Dato’ Sri itu mula menerima pembayaran RM19 juta.

Sebelum ini, Lim Guan Eng menafikan sebarang pengetahuan mengenai jumlah pembayaran RM22 juta oleh syarikat SPV Terowong Pulau Pinang.

Jika foto ini benar, Lim Guan Eng mempunyai kewajipan untuk mengesahkan sama ada beliau kenal Dato Sri itu, kenapa beliau pergi ke rumah Dato Sri itu, bila gambar ini diambil dan apa hubungannya dengan Dato Sri tersebut.

Bukti Lim Guan Eng Arah Konsortium Zenith Bayar RM19 Juta Kepada Gnanaraja Terdedah?

Sekiranya anda percaya foto ini disunting atau diedit maka katakan demikian dan laporkan kepada polis bahawa seseorang sedang memfitnah anda.

Kami menunggu pengesahan atau penafian anda.

Oleh Eric See-To