Gambar Lim Guan Eng Dengan Suspek Terima Suapan RM19 Juta, Cubaan 'Tai Chi' Yang Gagal

Gambar Lim Guan Eng Dengan Suspek Terima Suapan RM19 Juta, Cubaan ‘Tai Chi’ Yang Gagal

Ini Tokong sudah sangat terdesak.

Di dalam sidang akhbar, Tokong Lim Guan Eng keluarkan photo Wong Chun Wai dengan Dato Sri’ Gnanaraja untuk cuba samakan gambar beliau dengan suspek yang ditahan SPRM itu yang telah menerima bayaran RM19 juta dari syarikat terowong Pulau Pinang bagi cubaan menutup kes rasuah projek bernilai berbilion ringgit.

Gambar Dengan Gnanaraja 'RM19 Juta', Lim Guan Eng Makin Terdesak

Wong Chun Wai pula memberi tamparan hebat kepada Lim Guan Eng. Dia kata dia ada pakai kasut!

Wong Chun Wai juga boleh menyatakan tarikh bila dan di mana dia bergambar dengan suspek itu.

Lim Guan Eng boleh nyatakan juga atau tidak? Lim Guan Eng ada pakai kasut atau tidak?

Kenyataan akhbar sebagai respon kepada Ketua Menteri Pulau Pinang yang menunjukkan gambar saya dengan suspek SPRM pada sidang akhbar hari ini – 14 Mac 2018.

Sebagai pengamal media yang terkenal dan Ketua Pegawai Eksekutif Star Media Group, saya bertemu dengan semua orang dalam tugas seharian saya. Banyak kali, saya diminta untuk bergambar bersama mereka, yang kebanyakannya tidak saya kenali. Saya tidak tahu orang ini terlibat.

Foto saya yang ditunjukkan oleh Ketua Menteri itu diambil pada malam 8 Ogos 2017 di Malam Anugerah Hartanah StarProperty.my 2017 (SREA 2017) yang diadakan di Nexus Bangsar South, Kuala Lumpur. Acara itu dianjurkan oleh Star Property, yang merupakan anak syarikat SMG.

Seperti yang terbukti dalam foto ini di mana terdapat lebih daripada dua orang hadir, ini adalah acara umum dan bukan di kediaman persendirian seseorang.

Saya memakai jaket makan malam hitam dan pastinya memakai kasut saya ketika gambar itu diambil.

Oleh Wong Chun Wai.