Isu Persempadanan Semula, Taktik Kitar Semula Dengan Idea Baru Untuk Burukkan PRU14

Isu Persempadanan Semula, Taktik Kitar Semula Dengan Idea Baru Untuk Burukkan PRU14

Parlimen bakal hangat di dalam dan di luar Dewan hari ini, ketika Kerajaan bersiap sedia untuk membentang, membahas dan meluluskan laporan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai persempadanan semula kawasan pilihan raya.

Perdana Menteri, Najib Tun Razak dijangka membentangkan laporan itu di Dewan Rakyat pada pukul 11.30 pagi ini. Di luar kawasan Parlimen, kumpulan reformasi pilihan raya BERSIH menggerakkan bantahan terhadap laporan SPR itu, yang didakwanya memberikan kelebihan kepada kerajaan BN dalam menghadapi PRU ke 14 akan datang.

Persempadanan semula bakal menjadi alasan buat Pakatan Harapan sekiranya mereka kalah teruk di dalam PRU kali ini. Pada PRU ke 13, Pakatan Pembangkang menggunakan media asing untuk menampakkan pilihanraya di Malaysia kelihatan kotor. Antara isu yang digunakan adalah mereka menuduh terdapat 40,000 pengundi hantu dan bekalan elektrik terputus.

Pasca PRU13, tuduhan terhadap pengundi hantu dan bekalan elektrik terputus didapati palsu selepas PRU13. Tambahan pula BERSIH sendiri mengakui tidak ada bukti mengenai perkara itu. Baca artikel: DAP man concurs Pemantau’s findings of no foreign voters,blackouts.

Oleh itu, Pakatan tidak boleh menggunakan isu-isu lama lagi dan harus menumpukan perhatian mereka pada isu baru. Dalam PRU14, isu yang akan digunakan oleh mereka adalah persempadanan semula, walaupun pada hakikatnya mengikut undang-undang, persempadanan semula sepatutnya berlaku setiap lapan tahun.

Berikut adalah beberapa serangan media asing sejurus sebelum PRU13 yang menuduh Malaysia menggunakan pengundi hantu untuk ‘merompak’ pilihan raya:

CNN: The democracy crisis in Malaysia: foreign workers are employed for fraud votings in the General Election.

Hufftingtonpost: Election Fraud in Malaysia.

Reuters: Malaysia’s Anwar raises voter fraud alarm ahead of election.

The Economist: A dangerous result.

Al Jazeera: Will elections in Malaysia be free or fair?

Al Jazeera: Opposition protests Malaysia vote ‘fraud’

CNN: DIRTY Election in Malaysia.

The Telegraph: Malaysian opposition rallies amid claims of widespread electoral fraud. 

Pembangkang terutamanya DAP telah mengatakan bahawa setiap pilihan raya sejak tahun 1990 akan menjadi pilihanraya “paling kotor dalam sejarah”. Mereka sekali lagi menyebut bahawa PRU14 adalah yang “paling kotor” dalam sejarah.

Untuk PRU14, rakyat Malaysia perlu mempersiapkan diri dengan serangan media asing dan tempatan yang akan menuduh kerajaan kita menipu dalam pilihanraya menggunakan isu persempadanan semula. Ini hanyalah taktik kitar semula tetapi menggunakan subjek baru.

Sumber: Cucu Tok Selampit