Jangan Terkejut Satu Hari Nanti Mahathir Mengaku 'Saya Yang Reka Fitnah 1MDB'

Jangan Terkejut Satu Hari Nanti Mahathir Mengaku ‘Saya Yang Reka Fitnah 1MDB’

Semua perkara berkenaan Tun Mahathir berkemungkinan.

Jika sesiapa yang sudah dalam kategori berumur boleh menilaikan Tun Mahathir sendiri. Asalkan mereka bukan dari golongan pentaksub.

Selama berpuluh tahun Tun Mahathir mendidik orang UMNO membenci DAP kerana DAP ‘rasis’ dan ‘anti Melayu. dan ‘Islam’.

Bukti Rasis? Lim Kit Siang Tanyalah Mahathir Sendiri

Tetapi berakhir dengan Tun Mahathir membuat kenyataan selama ini dia berpandangan ‘silap’ terhadap DAP sebaliknya MCA pula yang ‘rasis’.

Sedangkan tiap kali menjelang pilihanraya dan Tun Mahathir terasa dirinya memerlukan sokongan padu orang Melayu , maka DAP lah akan jadi mangsa serangan Tun Mahathir supaya Melayu berkumpul di belakangnya dan memberi undi ‘solid‘.

Kini Tun Mahathir menyeru orang ramai terutamanya orang Cina membenci MCA supaya mereka memilih DAP, kerana DAP adalah tempat baru Tun Mahathir berteduh.

Maka apa yang Tun Mahathir buat tidak pernah kerana rakyat tetapi kerana kedudukan dirinya.

lim guan eng lim kit siang Mahathir Masih Alat DAP Kuasai Undi Melayu, Walaupun Bermasalah - Prof Hoo Ke Ping

Tun Mahathir terlupa ketika dia kehilangan banyak kerusi Melayu selepas sahaja memecat Anwar Ibrahim , kerusi MCA lah yang membantu seperti yang dinyatakan oleh Ong Ka Chuan ketika Tun Mahathir mencela MCA.

Ong Ka Chuan memberitahu Tun Mahathir, “MCA kawan setia UMNO dari dulu walaupun terkadang bergeseran sama UMNO”.

Ia perlu kerana MCA tidak mahu kelihatan seperti ‘barua” UMNO di kalangan orang Cina.

Baru-baru ini Tun Mahathir dalam siri pembohongannya menyatakan bahawa tindakannya memecat Anwar adalah atas sebab arahan Polis.

Tuduhan Anwar Meliwat Zaman Saya Benar - Mahathir

Jika dia ada pilihan dia akan melanggar kehendak undang-undang dan Polis, katanya.

Ini untuk menggambarkan dirinya baik tidak menganiaya Anwar, hanya sebab Polis dan kemudiannya Majlis Tertinggi UMNO yang memaksa dia.

Tun Mahathir terlalu banyak bohong sehingga dia terlupa satu bohong telah mendedah bohong yang lain pula.

Semalam bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Nor menegaskan Polis tiada milki kuasa sebagai yang Tun Mahathir dakwa.

Polis tiada kuasa memecat orang Politik. Cara Tun Mahathir bercakap seolah-olah Polis yang ada kuasa memecat.

Kami pilih untuk percaya kepada bekas ketua Polis Tan Sri Rahim kerana dua perkara.

1) Kami sendiri melihat dengan mata dan kepala kami bagaimana Tun Mahathir menjawab di TV3 berkenaan Anwar dan dia memecat Anwar sebab tidak mahu Timbalan yang “meliwat dan melancapkan mangsanya”.

2) Tun Mahathir, akibat terlalu kuat berbohong sampai terlupa dia sendiri menulis dalam bukunya sendiri Doctor in The House, bahawa dia mungkin banyak buat silap dalam jawatan Perdana Menteri, namun memecat Anwar bukan satu dari kesilapannya.

Bermakna tindakan beliau memecat Anwar adalah tepat dan ‘uncompromising‘.

Untuk ini kami hanya sebagai pemerhati “mahathirisme” dan pernah menjadi golongan yang berpengalaman membantu Mahathirismenya melawan Anwar dan Pak Lah, ingin memberitahu kami tidak akan hairan satu hari nanti Mahathir akan kata, “Ya saya cipta dakwaan 1MDB”.

Pembaca sendiri boleh melihat bagaimana pasukan Mahathir mengalihkan serangan dari Datuk Seri Najib kepada Jho Low.

Yang kami pertahankan sekian lama adalah dakwaan konon Najib telah mencuri wang 1MDB , di situlah perjuangan kami, membela Datuk Seri Najib Razak kerana fitnah Tun Mahathir.

Namun, team Tun Mahathir telah mengubah kepada Jho Low pula.

Mengapa Amerika Tidak Tangkap Saja Jho Low?

Maka ingin kami jelaskan, “pergi mampos dengan Jho Low, jika ada bukti seretlah dia ke mahkamah, dia bukan Datuk Seri Najib Razak”.

Kami juga tahu Tun Mahathir gagal membuktikan dakwaan ‘original’ nya iaitu Datuk Seri Najib Razak mencuri wang 1MDB.

Tony Pua sebagai ‘mole‘ dalam PAC juga sah telah melihat seperti Tan Seng Giaw bahawa tiada transaksi wang 1MDB masuk akaun Najib.

Tun Mahathir juga melalui wakilnya bersusah-payah mengupah warga asing dari pelbagai negara untuk memainkan isu 1MDB.

Ia untuk menampakkan konon -onon banyak negara sudah bual berkenaan 1MDB.

Kami cabar dalam banyak negara itu negara mana yang miliki bukti?

Kisah 1MDB tidak wujud jika Najib beri laluan kepada Mukhirz dan bantu Mukhriz menang pada tahun dia berlawan dengan Hishamuddin, Zahid dan Shafie.

Atas sebab Mukhriz tidak mendapat restu Presiden maka dakwa Tun Mahathir, anaknya tewas.

Itulah puncanya isu 1MDB di ‘blown out‘ dan dimanipulasikan.

Isu perniagaan dijenayahkan oleh Tun Mahathir dengan menyerang jenama “1MDB”.

Ketika mula serangan 1MDB selepas isu Altantuya, Najib berkata di dada akhbar “Tun Mahathir has started a crises” dan Tun Mahathir menjawab “You can end it by resigning“.

Mukhriz Mengaku Mahathir & Muhyiddin Rancang Jatuhkan Najib Sejak 2014

Jelas dia memang mahu Najib letak jawatan untuk macainya Muhyiddin naikkan Mukhriz dan tidak berminat isu 1MDB diselesaikan kerana 1MDB jadi alatnya menjatuhkan Najib.

Ia sama ketika Tun Mahathir menyerang Tun Abdullah dengan isu ‘Scomi’ dan ‘Ecm Libra’.

Namun pada keseluruhan isu ini , jangan terkejut jika semua selesai satu hari nanti Tun Mahathir akan berkata, “Ya Saya yang cipta isu 1MDB”.

Ini Tun Mahathir lah.

Sumber: TV14