Janji Mansuh GST: Bank Dunia Pun 'Pening'

Janji Mansuh GST: Bank Dunia Pun ‘Pening’

Persoalan bagaimana Pakatan Harapan diketuai DAP dapat menampung kehilangan hasil lebih RM20 bilion akibat pemansuhan cukai barang dan perkhidmatan (GST) bukan sahaja menimbulkan ‘misteri’ dalam kalangan penganalisis tempatan bahkan turut menjadi tanda tanya pengurusan kanan Bank Dunia.

Malah Pengurus Negara bagi Malaysia Kumpulan Bank Dunia, Faris H. Hadad-Zervos menerusi satu video yang dipetik daripada sebuah portal berkata, Malaysia juga bakal mengalami kesan negatif jangka panjang kepada ekonomi jika GST dihapuskan kerana kehilangan hasil yang banyak.

Mahathir Terangkan Bagaimana Pakatan Boleh Hapuskan GST

Sehubungan itu, dalam video itu, beliau mengajukan lima soalan utama andai mahu memansuhkan GST seperti yang dijanjikan Pakatan Harapan.

1) Apakah sumber pendapatan lain yang diperlukan untuk negara anda selepas GST dimansuhkan?

2) Adakah anda ingin bergantung kepada komoditi sedangkan harganya tidak menentu mengikut pasaran dunia?

3) Adakah anda ingin mengurangkan portfolio sumber pendapatan di negara ini?

4) Apakah yang anda ingin berikan kepada rakyat apabila melepaskan GST?

5) Apakah perkhidmatan, manfaat atau apakah perbelanjaan yang akan anda lupuskan?

Pakatan Kini Kata Tidak Akan Mansuhkan GST Jika Menang PRU14

Janji Pakatan Harapan untuk menghapuskan GST dan mengembalikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) dianggap ramai sebagai janji populis kerana tidak pernah menerangkan bagaimana untuk menampung kekurangan hasil lebih RM20 bilion akibat langkah tersebut.

Ini berikutan SST bukanlah mekanisme cukai yang cekap dan dijangka hanya mampu mengutip kira-kira RM17 bilion.

Dalam pada itu, menurut Hadad-Zervos, pelaksanaan GST berjaya membantu kerajaan memberikan bantuan tunai kepada golongan sasar menerusi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang dapat mengurangkan peningkatan kos sara hidup.

Sedangkan, pelaksanaan GST antara yang terendah di dunia di samping banyak memberikan pengecualian atau kadar sifar untuk barangan mentah, keperluan dan perkhidmatan penting seperti pendidikan.

BR1M Adalah Ilham Bank Negara Malaysia

Walau bagaimanapun, katanya, pemberian BR1M perlu ditambah baik dan lebih berfokus dengan mengikut lokasi serta bilangan ahli keluarga.

“Keluarga di Kelantan yang menerima BR1M memperoleh bayaran yang sama dengan keluarga di Kuala Lumpur. Selain itu, keluarga yang terdiri daripada lima orang anak juga turut menerima jumlah yang sama keluarga yang mempunyai seorang anak .

“Jadi ia sebenarnya perlu lebih diperincikan dan dibuat dengan teliti mengikut sasaran. Dengan GST juga mereka akan memperoleh wang untuk terus berbelanja (menerusi BR1M) walaupun di Malaysia kadarnya antara terendah,” katanya seperti disiarkan di World Bank: GST Abolition To Bring Negative Impact On Malaysia Economy.