Kalau Rasuah 'Kawtim' SPRM RM22 Juta, Berapa Banyak Duit Terowong Kena 'Songlap'?

Kalau Rasuah ‘Kawtim’ SPRM RM22 Juta, Berapa Banyak Duit Terowong Kena ‘Songlap’?

“Jika RM22 juta telah dibayar (syarikat) SPV dalam cubaan untuk menutup rasuah, berapakah jumlah keseluruhan rasuah yang perlu ditutupkan?”. Itu persoalan dilontarkan Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong kepada Ketua Menteri Pulau Pinang berhubung skandal terowong Pulau Pinang.

26 Februari lepas, kontroversi Projek Terowong Dasar Laut Pulau Pinang memasuki era baru apabila syarikat Special Purpose Vehicle (SPV), Zentih Consortium Sdn Bhd yang ditugaskan membina projek terowong menuntut kembali wang RM22 juta diberikan kepada dua individu bagi menutup skandal rasuah projek berkenaan.

zarul Konsortium Zenith Sahkan Bayar Rasuah RM19 Juta Kepada Jutawan Penipu Gnanaraja

Zenith mendakwa bayaran RM19 juta telah dibayar kepada seorang ahli perniagaan bergelar ‘Datuk’, sementara RM3 juta kepada Ahli Parlimen Baling merangkap Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Azeez Rahim.

Lim Guan Eng dengan nada marah menempelak Barisan Nasional terutama UMNO dengan mendakwa kenyataan Zenith bukti DAP sering menjadi mangsa sementara UMNO terus mengaut keuntungan.

“Mengapa tiap-tiap kali macam ini, UMNO dapat untung, UMNO dapat habuan, DAP yang tak dapat apa-apa yang kena (serang),” ujarnya dalam sidang media.

“Saya mempersoalkan SPRM kerana gagal melaksanakan tugasnya secara profesional dan telus. Saya tunggu sama anda (ambil tindakan terhadap Azeez),” kata Lim Guan Eng dalam nada marah.

zarul jabarullah Konsortium Zenith Mohon Maaf & Tarik Balik Tuduhan Rasuah Terhadap Azeez Rahim

Mengakui terkhilaf, Zenith kemudiannya menarik semula notis tuntutan kepada Azeez pada 4 Mac lalu dan berjanji untuk membersihkan nama pemimpin UMNO itu.

Wee Ka Siong menyifatkan cubaan Lim Guan Eng meletakkan kesalahan terhadap Azeez adalah cara paling mudah untuk mencuci segala skandal melibatkan kerajaan Pulau Pinang secara langsung dengan projek mega bernilai RM6.34 bilion itu.

Tambahnya, Setiausaha Agung DAP itu juga cuba untuk membersihkan semua nama ahli politik DAP yang terlibat dengan projek berkenaan dengan menyalahkan Setiausaha Kerajaan Negeri.

Lim Guan Eng Fitnah Azeez Rahim & SPRM

“Malangnya, tak ramai orang akan percaya bahawa pemimpin DAP tidak terlibat dalam penganugerahan projek terowong Pulau Pinang termasuk pengurusan projek. Pertamanya, penganugerahan projek sebesar ini mestilah mendapat sokongan EXCO kerajaan negeri yang diketuai oleh Lim Guan Eng.

“Taktik untuk membersihkan dirinya daripada skandal ini juga adalah bukti Lim Guan Eng memberitahu media bahawa syarikat SPV terowong Pulau Pinang tidak lagi berkomunikasi dengannya dan media perlu mengajukan semua soalan berkaitan SPV kepada UMNO,” ujar Wee Ka Siong dipetik video yang dimuatnaiknya di Facebook semalam.

Menyedari Lim Guan Eng sering melabelkan Wee Ka Siong dengan pelbagai gelaran jelik kononnya telah mensabotaj projek pembangunan Pulau Pinang – walaupun tiada kerja pembinaan setelah lima tahun projek dilancarkan – Wee Ka Siong menggesa agar Lim Guan Eng mengemukakan cabaran debat awam berhubung isu Terowong Pulau Pinang.

Sumber: Malaysian Digest