mahathir Kenapa Mesti DAP, Bukannya PKR Ataupun PAN?

Kenapa Mesti DAP, Bukannya PKR Ataupun PAN?

Umum sudah mengetahui bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad akan bertanding atas bendera DAP sekiranya PPBM diharamkan pendaftarannya oleh RoS. Mungkin dia merasakan, bertanding atas tiket DAP akan menjamin kemenangannya kerana pada anggapannya, kaum Cina akan kekal menyokong DAP walaupun parti berkenaan meletakkan calon dari kaum lain, bukannya kaum Cina seperti kelazimannya.

Hakikatnya DAP Yang Berkuasa Di Sebalik Nama Tun Mahathir - Presiden PAS

Melihat akan keputusan yang diambil oleh Mahathir ini, timbul satu persoalan, kenapa Mahathir memilih untuk bertanding atas tiket DAP dan bukannya atas tiket PKR mahupun PAN? Apa agenda di sebalik pilihan Mahathir ini? Adakah dia secara tidak langsung menafikan kekuatan PKR mahupun PAN di dalam Pakatan Harapan hari ini?

Secara amnya, Mahathir amat menyedari bahawa kekuatan paling ampuh di dalam Pakatan Harapan terletak pada DAP. Jika kita imbau Pilihan Raya Umum ke 13 yang lalu, DAP merupakan parti paling dominan dengan meraih kemenangan terbanyak. Sudah tentu Mahathir akan merasa lebih selamat sekiranya dia berada di dalam kem DAP berbanding PKR mahupun PAN.

lim guan eng lim kit siang Mahathir Masih Alat DAP Kuasai Undi Melayu, Walaupun Bermasalah - Prof Hoo Ke Ping

Antara faktor lain yang turut memainkan peranan adalah, di dalam PKR sendiri wujud satu kem yang mana mereka masih kekal dengan pendirian menolak peranan yang dimainkan Mahathir di dalam Pakatan Harapan. Malah, kem ini juga langsung tidak pernah dapat menerima Mahathir walaupun majoriti pemimpin utama PKR hari ini sudah boleh memaafkan kekejaman Mahathir satu ketika dahulu.

Sudah tentu, Mahathir sedar akan hal ini dan dia tidak boleh memperjudikan masa depan politik singkatnya dengan mengharapkan sokongan kuat dari PKR. Tambahan pula, pengaruh Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim cukup menebal di kalangan para ahli dan penyokong PKR. Mana mungkin Mahathir dapat mengikis sokongan kuat ini hanya untuk memberi kelebihan kepada dirinya?

Akhirnya Biro Politik PKR Setuju Mahathir Sebagai PM

Mahathir juga sedar, dia tidak boleh menyertai PAN yang dianggotai oleh majoritinya bekas ahli PAS yang dahulu cukup membencinya. Tambahan pula, PAN berdiri atas sokongan dan dukungan DAP, sudah tentu, adalah membazirkan masa untuk berada di dalam sebuah parti yang tidak cukup kuat untuk melonjakkan karier singkatnya.

Mahathir sudah tentu sedar bahawa PAN tidak mempunyai ahli yang ramai dan jentera yang seampuh DAP. Malah, Mahathir turut bimbang, ahli-ahli PAN yang masih kekal dengan sentimen kebencian terhadap dirinya, akan mempengaruhi peluangnya untuk memenangi satu-satu kerusi Parlimen. Sudah tentu Mahathir enggan memperjudikan nasibnya.

Apabila PAN Yang Sokong Pengharaman Pesta Arak, Mereka Kata Progresif, Tidak Taliban

Justeru, satu-satunya pilihan yang ada adalah dengan menggunakan tiket DAP. Pada masa yang sama, DAP turut berharap, dapat mempergunakan sisa-sisa popularitinya untuk meraih seberapa banyak kerusi pada Pilihan Raya Umum ke 14 nanti. Nampaknya, baik DAP mahupun Mahathir, mereka saling mempergunakan antara satu sama lain demi kelangsungan politik mereka.

Sumber: Pru14.tv