Kerajaan Selangor Telah Diberitahu Loji Tidak Boleh Beroperasi Lebih Kapasiti - SPLASH

Kerajaan Selangor Telah Diberitahu Loji Tidak Boleh Beroperasi Lebih Kapasiti – SPLASH

Sejak beberapa hari lalu, Kerajaan Pakatan Negeri Selangor telah cuba untuk menuding jari menyalahkan syarikat air SPLASH dan Kerajaan Persekutuan untuk krisis air baru-baru ini dan yang kerap berlaku yang menjejaskan berjuta-juta orang.

SPLASH kini telah mendedahkan apa yang sebenarnya berlaku.

Sifat umum untuk semua Kerajaan Pakatan termasuk di Pulau Pinang adalah untuk cuba mengalihkan kesalahan kepada orang lain.

SPLASH: Kerajaan PKR Selangor Boleh Beli Murah, Tapi Degil Mahu Bayar Lebih 10 Kali Ganda

Dengan pendedahan ini, jelas siapa yang bersalah. Tiada siapa yang Kerajaan Selangor boleh salahkan selain ketidakcekapannya sendiri.

Sama seperti bagaimana Barisan Nasional meneruskan membina Langat 2 dan projek saluran air mentah Pahang-Selangor walaupun dibantah Kerajaan Pakatan Selangor sebelum ini kerana kita sudah tahu Selangor akan menghadapi masalah sebegini sejak beberapa tahun lalu, BN akan dapat menyelesaikan masalah air semasa dengan cepat jika diberi peluang untuk mentadbir Selangor.

Jangan biarkan golongan bodoh yang tidak cekap yang terus mencuba menyalahkan orang lain meletakkan kesihatan dan kehidupan anda pada risiko. Air adalah kehidupan.

New Straits Times: “Sejak tahun 2013, SPLASH sudah menulis beberapa surat kepada kerajaan negeri untuk memaklumkan lojinya tidak direka untuk beroperasi melampaui kapasiti sepatutnya secara jangka panjang.”

“Dengan beroperasi melebihi kapasiti akan menyebabkan kerosakan intrinsik pada loji-loji itu. Ia akan menimbulkan risiko kerosakan yang tidak dijangka (seperti apa yang berlaku minggu lepas).”

“Tidak lama selepas Air Selangor mengambil alih syarikat air lain SYABAS, Puncak Niaga Sdn Bhd (Puncak), dan Konsortium ABASS Sdn Bhd pada tahun 2016, SYABAS di bawah pentadbiran baru mengurangkan pembayaran untuk SPLASH kepada hanya 36% daripada bil.

“Pada peringkat itu, ia tidak lagi membolehkan pengendali SPLASH O&M membayar bil TNB, bahan kimia dan overhead lain. Sebelum Air Selangor mengambil alih Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), pengendali SPLASH mampu menyelesaikan semua bil TNB,” katanya.

“Kami berpendapat bahawa jika SYABAS/Air Selangor sebagai satu kumpulan yang kurang wang tunai dan mereka harus mencari suntikan tunai daripada kerajaan negeri, bukannya menghukum SPLASH.”

SPLASH telah diarahkan untuk sentiasa memenuhi 110% komitmen pembekalannya tetapi menerima bayaran sebanyak 36% daripada bilnya.

“Apabila YB Hannah Yeoh dan YB Charles Santiago bergegas untuk memberi leteran tentang tanggungjawab dan menuding jari, mereka semestinya tidak diberikan maklumat.”

Oleh Eric See-To