Krisis Air Di Selangor, Kini Di Shah Alam!

Krisis Air Di Selangor, Kini Di Shah Alam!

Satu tong RM60. Kebanyakan ambil dua tong dah hampir RM120. Kena beratur sejam ke dua jam untuk bayar dan tunggu trip lori bawak tong sampai. Masih ramai lagi yang menunggu trip lori seterusnya.

Siapa harus bertanggungjawab. Boleh tak claim duit tong air ni dengan MB Selangor? Nak harap Khalid Samad Ahli Parlimen dan ADUN-ADUN Shah Alam iaitu YB Rodziah dan Yaakob Sapari memang dalam mimpi lah kalau jumpa. Makan gaji buta je la Ahli Parlimen dan ADUN itu. Kerajaan dah bantu bagi BR1M untuk ringankan beban tapi terpaksa beli tong pulak.

Khalid Samad Dicabar Senaraikan Sumbangan Kepada Shah Alam

Selagi MB tidak menyelesaikan segera perjanjian penstrukturan semula industri penting itu yang masih tertangguh. Selagi itu masalah ini tiada penghujung. Kerana Selangor mempunyai rizab air yang sangat rendah.

Kegagalan dan kedegilan kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali melengkapkan baki perjanjian dengan Kerajaan Persekutuan bukan sahaja memberi kesan kepada rakyat, malah turut menjejaskan pembangunan baharu serta kemampanan bekalan air di negeri itu dalam jangka masa panjang.

Saya dan rakyat Selangor kena tanggung akibat kesombongan dan kedegilan Azmin Ali. Ada sesiapa sudi belanja saya satu tong?

Tumpang mandi rumah Jemin la esok.

Oleh Fariz Hadi