Kutipan GST Beri Manfaat Kepada Sabah & Sarawak

Kutipan GST Beri Manfaat Kepada Sabah & Sarawak

Berikut adalah jumlah kutipan GST sejak dua tahun yang lalu berdasarkan rekod yang diperoleh daripada Kastam Diraja Malaysia.

2016 = RM41.21 bilion
– Semenanjung: RM36.54 bilion
– Sabah: RM1.97 bilion
– Sarawak: RM2.7 bilion

2017 = RM44.29 bilion
– Semenanjung: RM39.04 bilion
– Sabah: RM2.17 bilion
– Sarawak: RM3.08 bilion

Seperti yang anda dapat lihat, Semenanjung Malaysia membayar lebih banyak GST berbanding Sabah dan Sarawak.

Tidak seperti pada era pentadbiran Tun Mahathir yang mana kekayaan Sabah dan Sarawak telah dikaut sesuka hatinya sedangkan pada masa yang sama, mereka hanya menikmati pembangunan yang sedikit.

Sistem GST membolehkan kekayaan di Semenanjung untuk dipindahkan kembali ke Sabah dan Sarawak agar negeri-negeri itu dapat menikmati pembangunan yang sama seperti di Semenanjung Malaysia.

Begini barulah adil.

Rekod kutipan GST juga membuktikan bahawa golongan kaya membayar lebih banyak GST dan golongan miskin membayar jauh lebih sedikit – membuktikan bahawa GST adalah satu sistem percukaian yang adil.