Kutipan GST Semenanjung Malaysia Lebih Tinggi Berbanding Sabah & Sarawak

Kutipan GST Semenanjung Malaysia Lebih Tinggi Berbanding Sabah & Sarawak

Ini adalah kutipan GST sejak dua tahun lalu berdasarkan angka dari Kastam Diraja Malaysia.

2016: RM41.21 bilion
– Semenanjung: RM36.54 bilion
– Sabah: RM1.97 bilion
– Sarawak: RM2.7 bilion

2017: RM44.29 bilion
– Semenanjung: RM39.04 bilion
– Sabah: RM2.17 bilion
– Sarawak: RM3.08 bilion

Seperti yang anda lihat, Semenanjung Malaysia membayar lebih banyak GST berbanding Sabah dan Sarawak.

Tidak seperti di masa lalu di bawah Tun Mahathir di mana kekayaan Sabah dan Sarawak dipindahkan ke Semenanjung sementara mereka menikmati pembangunan yang sedikit, sistem GST membolehkan kekayaan itu kini dipindahkan ke Sabah dan Sarawak supaya mereka dapat setara dengan Semenanjung Malaysia.

Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, Sabah dan Sarawak telah mendapat peruntukan Belanjawan Persekutuan yang lebih besar untuk pembangunan mereka dengan projek besar seperti Lebuhraya Pan Borneo.

Ini barulah adil.

Angka-angka juga membuktikan bahawa golongan kaya membayar lebih banyak GST dan bukannya orang miskin – sekali lagi membuktikan bahawa GST adalah sistem cukai yang adil.

Oleh Eric See-To