Lim Guan Eng Fitnah Azeez Rahim & SPRM

Lim Guan Eng Fitnah Azeez Rahim & SPRM

Tengok betapa biadap dan tai-chi Tokong dalam video ini:

Tokong Lim Guan Eng harus mohon maaf kepada Azeez Rahim dan SPRM atas fitnah yang telah dilemparkan berkaitan isu rasuah melibatkan Zenith Construction yang terlibat dalam skandal Terowong Dasar Laut Pulau Pinang.

Azeez Rahim juga perlu saman Tokong Lim Guan Eng setelah Zenith Construction sendiri memohon maaf dan mengakui kesilapannya.

Firma undang-undang Tetuan Syahrul & Hamidi yang mendakwa Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim bersubahat dengan seorang individu lain untuk menerima RM3 juta daripada syarikat kontraktor utama projek terowong dasar laut, Konsortium Zenith (Zenith) Construction Sdn. Bhd. telah menarik balik tuntutan mereka semalam.

Pada satu sidang media di sini hari ini, Azeez mendedahkan firma mewakili pembina terowong itu mengakui beliau menjadi mangsa ‘jual nama’.

“Notis tuntutan yang diberikan kepada saya ditarik balik dan mereka memohon maaf. Firma itu berkata mereka akan menyatakan perkara sebenar untuk membersihkan nama saya. Pada masa yang sama, saya akan berunding dengan peguam saya tentang tindakan susulan dalam bentuk saman terhadap mereka yang cuba memburukkan nama saya.

“Saman itu mungkin termasuk ahli politik pembangkang yang memfitnah Tabung Haji, UMNO dan ahli keluarga saya. Saya kemudiankan ahli keluarga saya kerana institusi Tabung Haji dan pencarum didahulukan,” katanya pada sidang media di Hotel TH di Bayan Lepas di sini, hari ini.

Azeez ditemani peguam Datuk Seri Jaharberdeen Mohamed Yunoos.

zarul jabarullah Konsortium Zenith Mohon Maaf & Tarik Balik Tuduhan Rasuah Terhadap Azeez Rahim

Pada 3 Mac lepas, firma undang-undang tersebut bagi pihak Zenith telah menghantar surat kepada Azeez, menyatakan mereka menarik balik semua tuntutan yang dinyatakan dalam surat bertarikh 23 Februari.

Firma itu turut menawarkan khidmat untuk membersihkan pandangan buruk terhadap Azeez susulan liputan media ke atas perkara itu.

Pada 27 Februari lalu, media telah melaporkan Azeez dan seorang ahli perniagaan terlibat dalam “khidmat rundingan pengurusan risiko dan pematuhan peraturan” berhubung projek terowong dasar laut.

Azeez didakwa diberi RM3 juta untuk membantu dalam projek itu sementara RM19 juta dibayar kepada ahli perniagaan itu.

Ahli perniagaan itu sudah ditangkap dan direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Selasa.

Suruhanjaya itu turut membekukan 4 akaun bank dengan RM3.6 juta dan menyita 4 kenderaan bernilai RM1.3 juta.

Sementara itu, seorang “Datuk” berusia 64 tahun yang dipercayai individu yang menggunakan nama Azeez itu ditahan SPRM semalam, dan laporan menunjukkan beliau pada awalnya meminta ‘duit kopi’ RM4 juta tetapi kemudian dirunding semula kepada RM3 juta.